Kuala Lumpur 24 Oktober 2017 – Bagi meraikan ulang tahun pertama saluran BOO, destinasi untuk cerita-cerita seram Asia, Astro bakal menganjurkan BOO Night Run yang akan diadakan pada 28 Oktober, 7pm di MAEPS, Serdang. Pendaftaran bagi larian sejauh 5km penuh keseraman ini masih terbuka untuk mereka yang berminat.
Astro, hari ini juga melancarkan siri original pertamanya – 3 A.M. Bangkok Ghost Stories – sebuah ko-produksi bersama-sama pengeluar kandungan terkemuka Thailand, Five Star Production. 3 A.M. Bangkok Ghost Stories, siri seram 13-episod yang pasti meremangkan bulu roma para penontonnya, akan bermula tayangan pada 28 Oktober 2017, dengan tema yang bersandarkan ciri-ciri ghaib yang berlaku pada jam yang paling gelap; 3 A.M
Henry Tan, Chief Operating Officer, Astro berkata, “Sejajar dengan aspirasi serantau Astro, kami bercita-cita untuk menwujudkan kandungan premium dengan citarasa serantau, dan kami amat bangga untuk bekerjasama dengan rakan-rakan yang mempunyai aspirasi serupa seperti Five Star Production daripada Thailand untuk mencipta, agregat, mengedar dan memasarkan siri-siri original yang mengetengahkan ciri-ciri Asia yang mana dapat memikat citarasa para penonton di rantau ini
Kami meraikan ulangtahun pertama salurang Boo dengan sebuah siri yang baharu dan original – 3 A.M Bangkok Ghost Stories, membawakan tema seram dan psaiko merentasi rantau selain memberikan para penonton di Asia dengan sebuah elemen tidak asing bagi mereka. Kami percaya dalam mencipta cerita yang bergema dengan latar belakang dan kisah-kisah budaya Asia yang luar biasa, dalam kandungan dan penceritaan yang dibuat oleh orang Asia, untuk orang Asia.”
BOO Originals – 3 A.M. Bangkok Ghost Stories ditayangkan setiap hari Sabtu pada jam 3 A.M di saluran BOO. Episod pertama berjudul ‘DJ’, yang dibintangi Chansakorn Kittiwattanakorn (Hongyok) dan Paranyu Rojanawuthitham, menceritakan sebuah kisah seorang DJ yang dihantui semangat seorang wanita yang bunuh diri. Episod dua berjudul ‘Thief’ pula menceritakan tentang seorang pencuri yang terperangkap dalam rumah yang dicerobohinya buat selama-lamanya. Ia dibintangi oleh Tongpound Tonggamnerd (Namo) dan Jirawat Wachirasaranyapat. 3 A.M. Bangkok Ghost Stories akan mempamerkan kerja cemerlang Kiatkamon Iamphungporn, seorang produser yang bertanggungjawab untuk menghasilkan kedua-dua filem 3 A.M pada 2012 dan 2014.
Hadir pada sidang akhbar adalah Hongyok, pelakon dari BOO 3 A.M episod DJ, yang berkata “Pengalaman bekerja bersama produksi rantau 3 A.M Bangkok Ghost Stories adalah sangat mengujakan. Sukar untuk melihat negara lain menghargai cerita-cerita seram dari Thailand dan saya harap semua orang akan menikmati siri ini.”
Dengan tayangan filem baharu setiap Jumaat, dan episod baharu siri BOO Originals setiap Sabtu, barisan judul-judul seram dan mistik pasti akan memberikan para penonton keluhan yang menakutkan. Judul-judul BOO juga boleh didapati di on demand dan pelanggan Astro digalakkan untuk menyambungkan PVR mereka kepada Internet untuk mengakses BOO’s 3 A.M Bangkok Ghost Stories bagi kemudahan tontonan mereka, atau mereka boleh menontonnya pada on demand di Astro Go selain Astro saluran 404.
Para pelanggan Astro boleh menikmati saluran BOO dengan kadar bayaran bulanan RM6.35/bulan (termasuk GST). BOO juga boleh dinikmati oleh pelanggan NJOI melalui Prabayar NJOI pada harga RM16.90 (termasuk GST) untuk 30 hari dan pada RM5.30 (termasuk GST) untuk tiga hari; dan, untuk NJOI Now untuk akaun pautan NJOI. Untuk maklumat lanjut bagi melanggan saluran BOO, sila layari laman web www.astro.com.my/boo or Astro Channel 200.
Untuk mendaftar Boo Night Run, sila layari: http://www.racexasia.com/event/boo-night-run-2017/