Home / Berita Terkini / ALAM IMPIAN Anjur Larian Ceria Sempena Ulangtahun ke-10

ALAM IMPIAN Anjur Larian Ceria Sempena Ulangtahun ke-10

Alam Impian Fun Run

Kuala Lumpur. 30 Ogos 2016, I&P Group Sdn Berhad bakal menganjurkan Larian Fun Run – Alam Impian Township of The Arts 2016 yang akan diadakan di Central Park Taman Idaman, Alam Impian, Township of The Arts Shah Alam pada 16 Oktober 2016. Acara Fun Run ini adalah bersempena dengan ulang tahun ke-10 Alam Impian sejak ia mula dilancarkan pada 19 Disember 2006.

Print

Acara Larian Fun Run akan bermula dari Central Park Taman Idaman, Alam Impian Shah Alam dan akan melalui beberapa kawasan perumahan Alam Impian. Acara Larian Fun Run sejauh 5km ini akan bermula pada jam 7.30 pagi dan dijangka selesai pada jam 11:00 pagi. Objektif pelaksanaan aktiviti Alam Impian Fun Run 2016 adalah untuk mempromosikan perbandaran Alam Impian, Shah Alam serta produk-produk I&P Group. Acara larian ini terbuka kepada orang ramai yang berumur 18 tahun ke atas. Pihak kami juga meluaskan penyertaan kepada sektor korporat di bawah kumpulan PNB dimana sebahagian daripada bayaran penyertaan daripada pihak korporat bakal disumbangkan kepada badan amal yang akan kami umumkan kelak.

Alam Impian Fun Run 2
Pingat Penamat

Alam Impian Fun Run 1

Kemeja-T Rasmi

Promosi giat dijalankan melalui media sosial dan kami menjangkakan acara larian ini bakal disertai oleh 1,500 peserta. Usaha ini diharap memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk turut sama mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sihat dan adalah menjadi harapan kami ianya akan mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Pelbagai aktiviti lain juga turut dirangka semasa Larian Fun Run berlangsung, antaranya termasuklah demonstrasi rollerblade, aktiviti seni, demostrasi Aman Nita oleh Polis DiRaja Malaysia cawangan Shah Alam, sambil dihiburkan oleh pemuzik jalanan tempatan.

Acara ini mendapat sokongan Datuk Bandar Shah Alam serta mendapat kerjasama dari MBSA serta Polis DiRaja Cawangan Shah Alam bagi melancarkan lagi perjalanan progam ini kelak. Maybank & Prolintas merupakan penaja utama bersama juga bersetuju berkerjasama dalam menjayakan acara ini. Program yang julung-julung kali dianjurkan ini bakal menawarkan hadiah wang tunai kepada para pemenang, disamping itu peserta larian berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik untuk sesi cabutan nombor bertuah pada hari tersebut.

Orang ramai yang ingin mengambil bahagian dalam acara Larian Fun Run, boleh melayari facebook.com/inpgroup dan klik pada pautan FUN RUN – ALAM IMPIAN TOWNSHIP OF THE ARTS 2016 atau layari http://allegrocircle.com/events/alamImpian2016/. Orang ramai boleh juga menghubungi penganjur program melalui talian +60142540800 untuk bantuan pendaftaran.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 September 2016 atau selepas mencapai 1,500 penyertaan.

Check Also

Eliud Kipchoge Bakal Bersaing dalam Acara 10K di Amazing Thailand Marathon Bangkok Disember ini

Share this on WhatsApp Tahukah anda Eliud Kipchoge, pelari marathon legenda bakal kembali ke dunia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!