Home / Berita Terkini / Acara Sukan di Malaysia Mampu Menarik Minat Dunia, Berdasarkan Data Agoda

Acara Sukan di Malaysia Mampu Menarik Minat Dunia, Berdasarkan Data Agoda

Foto: Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon

Kuala Lumpur, 3 November 2025 – Acara sukan utama di Malaysia terus menjadi tarikan bukan sahaja kepada rakyat tempatan, malah turut mencuri perhatian pelancong antarabangsa. Berdasarkan data terkini daripada platform pelancongan digital Agoda, carian penginapan meningkat dengan ketara bersempena acara seperti Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon, Mount Kinabalu Climbathon dan IRONMAN Langkawi – mencerminkan peranan penting acara-acara ini dalam merancakkan aktiviti pelancongan domestik dan antarabangsa.

Sepanjang tempoh penganjuran Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon pada 4 hingga 5 Oktober lalu, carian penginapan dalam negara meningkat sebanyak 24%, manakala minat dari luar negara turut mencatatkan peningkatan 7% berbanding tahun sebelumnya. Antara pasaran antarabangsa yang menunjukkan lonjakan ketara termasuk Bangladesh (+224%), Hong Kong (+73%), Korea Selatan (+48%) dan Taiwan (+25%), selain carian konsisten dari Jepun (+22%).

Peserta Ironman disimbah air untuk menyejukkan badan. Foto: ET Tey

Acara IRONMAN yang telah berlangsung pada 1 November di Langkawi turut menarik perhatian pelancong luar negara. Perlumbaan triatlon jarak jauh ini menggabungkan cabaran renang, berbasikal, dan larian, berlatarbelakangkan Langkawi yang menawarkan pemandangan pantai yang indah, perkampungan tradisional, dan hutan hujan yang menghijau. Terdapat lima pasaran utama yang menunjukkan minat tinggi untuk berkunjung ke Langkawi bersempena acara ini, iaitu Singapura, India, Korea Selatan, Bangladesh, dan Jepun. Daripada pasaran tersebut, Korea Selatan dan Bangladesh mencatatkan peningkatan carian tertinggi, masing-masing sebanyak 536% dan 148%.

Sementara itu, di Sabah, 32nd Mt Kinabalu International Climbathon yang berlangsung pada 19 Oktober turut menarik minat pelancong serantau, khususnya dari Korea Selatan, Singapura dan China. Carian penginapan bagi Kota Kinabalu – bandar terdekat ke Gunung Kinabalu telah meningkat sebanyak 84% dari Singapura, menjadikan negara tersebut mencatatkan kadar pertumbuhan minat tertinggi di tempoh penganjuran acara mendaki gunung yang mencabar ini.

Foto: www.mountkinabalu.com

Trend carian ini menunjukkan bahawa kalendar sukan Malaysia semakin mendapat tempat dalam kalangan pelancong Asia, sekaligus mengukuhkan potensi negara sebagai destinasi pelancongan sukan yang menggabungkan elemen kecergasan dan percutian. Fenomena ini turut membuka peluang lebih luas untuk pertumbuhan industri pelancongan dan pendedahan global, seiring usaha Malaysia memperkukuh kedudukannya dalam pasaran pelancongan sukan serantau.

Menyedari akan potensi ini, kerajaan Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 50% kepada syarikat swasta yang menganjurkan acara bertaraf antarabangsa dalam bidang seni, budaya, pelancongan, sukan dan rekreasi. Insentif yang diperkenalkan menerusi Belanjawan 2026 ini bertujuan menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam penganjuran acara global, sekaligus menyokong industri pelancongan dan sukan negara menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menurut Fabian Teja, Pengarah Negara Agoda bagi Malaysia dan Brunei, “Acara sukan bukan sekadar pertandingan – ia mencetuskan minat untuk meneroka dan menemui pengalaman baharu. Di luar gelanggang perlumbaan, acara sebegini membuka peluang kepada pelancong untuk menikmati keunikan Malaysia – merangkumi pulau dan hutan hujan tropika yang indah hingga ke bandar-bandar yang meriah. Dengan kalendar sukan Malaysia yang semakin rancak, ditambah pula dengan insentif cukai baharu, jelas terbukti bagaimana sektor pelancongan dan sukan dapat digabungkan untuk menjana impak yang lebih bermakna. Dalam menyokong pertumbuhan ini, Agoda berbangga dapat membantu para pelancong meneroka dan merasai sendiri pelbagai pengalaman percutian yang menarik di seluruh negara.”

Sama ada pelancong ingin menamatkan perlumbaan atau meneroka pengalaman baharu selepasnya, percutian dapat dirancang dengan mudah melalui platform Agoda, yang menawarkan lebih 6 juta pilihan penginapan, 130,000 laluan penerbangan, dan 300,000 aktiviti liburan — semuanya boleh ditempah sekali gus dengan lancar. Untuk mendapatkan tawaran terbaik, layari aplikasi mudah alih Agoda atau kunjungi www.Agoda.com.

Check Also

7,000 Peserta Meriahkan Pos Malaysia Run 2025 di Stadium Merdeka

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 26 November 2025 – Lebih 7,000 peserta membanjiri Stadium …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!