Home / Berita Terkini / MILO Breakfast Day 2026: 25,000 Banjiri Acara Kemuncak di Putrajaya

MILO Breakfast Day 2026: 25,000 Banjiri Acara Kemuncak di Putrajaya

Putrajaya, 12 Julai 2026 – Selepas menjelajah ke seluruh pelosok negara dan menyatukan seramai 75,000 peserta di Sabah, Terengganu, Sarawak, Pahang dan Kelantan, Hari Sarapan Malaysia MILO® 2026 kini melabuhkan tirainya dengan penuh gilang-gemilang menerusi Acara Kemuncak (Grand Finale) di Putrajaya. Dianggarkan seramai 25,000 peserta telah membanjiri Dataran Putrajaya demi meraikan gaya hidup aktif, memperkukuh ikatan kekeluargaan dan menyemarakkan semangat perpaduan komuniti menerusi sukan.

Hadir menyerikan majlis, YB Tuan Mordi anak Bimol, Timbalan Menteri Belia & Sukan berkata, “Sukan memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk sahsiah, keyakinan, dan daya ketahanan generasi muda kita. Acara seperti Hari Sarapan Malaysia MILO® Putrajaya menyediakan platform yang amat bermakna untuk menggalakkan golongan belia dan institusi kekeluargaan mengamalkan gaya hidup aktif, di samping memupuk penghargaan yang lebih mendalam terhadap aktiviti fizikal.

Saya amat berbesar hati melihat inisiatif yang mampu menyatukan komuniti sebegini, sekali gus memberi inspirasi kepada anak muda Malaysia untuk kekal aktif, sihat dan dinamik. Dengan sokongan rakan strategik seperti MILO®, kami berharap dapat terus melahirkan generasi muda yang cintakan sukan, menghargai semangat kesukanan dan menjadikan gaya hidup aktif sebagai amalan harian.”

Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama antara sektor awam dan swasta dalam mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat, menyemarakkan penglibatan belia dalam sukan memperkukuh institusi kekeluargaan serta membina komuniti yang lebih inklusif dan progresif demi masa depan.

Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Singapura dan Brunei, turut menambah, “Semasa kita meraikan acara kemuncak Hari Sarapan Malaysia MILO® 2026 di Putrajaya hari ini, sungguh mengujakan melihat ribuan rakyat Malaysia berhimpun demi mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif. Sejak tahun 2013, kami konsisten memperjuangkan inisiatif ini kerana kami percaya amalan sihat—sama ada sekadar kekal aktif mahupun menyertai sukan dan membantu membentuk individu yang berkeyakinan serta berdaya tahan.

Apa yang menyentuh hati saya hari ini adalah apabila berbual dengan keluarga yang berkongsi bahawa mereka tidak pernah terlepas untuk hadir saban tahun. Melihat ibu bapa, anak-anak, malah datuk dan nenek berlari beriringan membuktikan bahawa amalan sihat tidak dibina dalam sekelip mata, sebaliknya dipupuk menerusi pilihan harian yang dibuat bersama keluarga. Kami amat menghargai sokongan berterusan daripada pihak Kerajaan dalam memacu visi bersama ini demi kemajuan sukan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.”

Melangkaui acara larian di seluruh negara, program ini turut memperkukuh kedudukan MILO® yang bukan sekadar minuman sarapan pagi, malah telah menjadi sebahagian daripada momen indah keluarga dan legasi yang menghubungkan generasi.

Sorotan Kisah Peserta & Kemeriahan Larian Santai

Gaya Hidup Aktif Satukan 35 Ahli Keluarga dan Sahabat

Tan Li Yuet, 24, yang menyertai Hari Sarapan Malaysia MILO® buat kali keempat bersama 35 ahli keluarga dan rakan-rakannya, berkongsi, “Saya membesar dengan MILO® dan masih ingat lagi kenangan menyertai larian MILO® bersama ibu sewaktu kecil. Memori indah itu mendorong saya untuk terus menyokong acara ini. Tahun ini, pengalaman saya lebih bermakna kerana dapat meluangkan masa, kekal aktif, dan mencipta memori baharu bersama 35 orang yang tersayang.”

Sebagai pilihan utama yang terus dinikmati sebagai sebahagian daripada rutin sarapan berkhasiat, MILO® kekal dipercayai dalam membekalkan tenaga kepada rakyat Malaysia untuk memulakan hari dan kekal aktif. Tambah beliau, “Bagi saya, MILO® bukan sekadar minuman; ia melambangkan tenaga, keceriaan dan detik kebersamaan yang menyatukan kita semua.”

Menebar Ceria dan Aura Positif dengan Busana Unik

Mayang Misnan, 41, yang mencuri tumpuan dengan mengenakan busana bertemakan pari-pari (fairy-themed) bersama rakan-rakannya, berkongsi, “Larian ini bukan sekadar untuk menamatkan laluan, tetapi tentang bagaimana kita mencipta momen gembira dan menyebarkan aura positif kepada orang sekeliling. Kami memilih untuk berpakaian unik kerana ingin membawa lebih banyak keriangan, sama seperti mana MILO® yang sentiah menjadi pelengkap momen bahagia rakyat Malaysia.”

“Ini merupakan kali kedua kami menyertai Hari Sarapan Malaysia MILO®. Tahun lepas, kami hadir dengan tema busana yang berbeza dan ia sangat menyeronokkan sehingga kami kini tidak sabar untuk menyertai larian santai ini lagi tahun depan dengan tema yang lebih kreatif! Bagi kami, perkara paling bermakna adalah dapat berkongsi kegembiraan, kekal aktif dan memberi inspirasi kepada orang lain.”

Gimik Maskot Dinosaur Curi Tumpuan di Putrajaya

Joyce Teoh, 33, yang sanggup mengembara jauh dari Pulau Pinang bersama sekumpulan rakannya berkata, “Saya sengaja datang dari jauh semata-mata untuk merasai sendiri kemeriahan Hari Sarapan Malaysia MILO® bersama rakan-rakan. MILO® ialah minuman kegemaran saya sejak kecil dan ia menggamit nostalgia. Sebagai tanda penghargaan kepada MILO®, saya memutuskan untuk memakai kostum dinosaur demi menyuntik elemen kreativiti, keunikan dan tenaga positif dalam acara hebat ini. Memandangkan ini adalah larian santai, saya percaya semua orang patut menikmati perjalanan ini sambil kekal aktif! Saya berharap dapat mengukir senyuman pada wajah orang sekeliling, terutamanya kanak-kanak, serta memberi inspirasi kepada mereka untuk mencintai sukan larian.”

Satu Misi, Pelbagai Latar Belakang: Pendidik Muda Inspirasikan Generasi Sihat

Empat pendidik muda daripada pelbagai latar belakang kembali menyertai Hari Sarapan Malaysia MILO® buat tahun kedua berturut-turut, disatukan oleh azam yang sama untuk menginspirasikan generasi akan datang agar mengamalkan gaya hidup sihat. Salah seorang pelari, Dhama Dharishini, 28, berkongsi:

“Walaupun kami datang daripada latar belakang yang berbeza, kami disatukan oleh matlamat yang sama iaitu mendorong generasi muda mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif. Sebagai guru, kami percaya peranan kami melangkaui bilik darjah. Pelajar sering terpengaruh dengan apa yang mereka lihat kami lakukan, jadi kami mahu menunjukkan teladan yang baik dengan mengamalkan gaya hidup aktif dan menjadikan sarapan berkhasiat sebahagian daripada rutin harian. Kami berterima kasih kepada MILO® kerana berjaya menghimpunkan lapisan masyarakat tanpa mengira usia dan latar belakang menerusi acara yang meraikan kesihatan dan kebersamaan ini. Kami berharap lebih banyak kanak-kanak dan belia Malaysia sedar bahawa kehidupan yang sihat bermula daripada tabiat mudah seperti mengambil sarapan yang berkhasiat dan kekal aktif.”

Dhama menyertai larian tersebut bersama rakan setugasnya, Ronald Joseph Pillai, 27; Narveen Kaur Dhillon, 27; dan Syifa’ Adawiyah, 26.

Acara Kemuncak di Putrajaya ini menandakan penutup yang indah dan penuh bermakna bagi penjelajahan Hari Sarapan Malaysia MILO® 2026. Acara ini telah berjaya menghimpunkan ribuan rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup aktif, di samping mencipta momen indah bersama keluarga serta memperkukuh hubungan kemasyarakatan di seluruh negara. MILO® akan meneruskan komitmennya untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda, untuk memupuk tabiat sihat demi membina komuniti yang lebih kuat dan sejahtera pada masa hadapan.

Check Also

Toyota Start Your Impossible Outrun 2026 Himpun 7,500 Pelari, Kumpul RM200,000 Untuk NCSM

Share this on WhatsApp Putrajaya, 5 Julai 2026 – Satu lagi acara mega dalam kalendar …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!