
Malaysia, 21 Mei 2026 — Acara larian popular ini kembali pada 1 November 2026 dengan skala lebih besar. Dahulunya dikenali sebagai Garmin Run Asia Series, siri ini kini berkembang ke 13 ibu kota seluruh dunia termasuk tiga lokasi di Amerika Syarikat, dan dijenamakan semula sebagai Garmin Run Marathon Series. Garmin menyasarkan penyertaan lebih 120,000 peserta secara dalam talian dan fizikal di peringkat global, di samping terus membawa semangat “From Zero to Hero.”
“Sejak 2022, Garmin Run Asia Series mendorong pelari mencabar kemampuan diri. Untuk edisi kelima ini, kami teruja melebarkan sayap ke luar Asia sebagai bukti pertumbuhan Garmin. Melalui evolusi ini, kami mahu memperkasakan lebih ramai individu untuk meningkatkan prestasi diri dan mengejar komitmen bersama untuk ‘beating yesterday’,” kata Jimmy Chuang, Country Manager of Garmin Malaysia.
Pendaftaran bagi 2026 Garmin Run Marathon Series – Malaysia yang bakal berlangsung di hadapan Mahkamah Syariah, Putrajaya bakal dibuka. Pendaftaran eksklusif Public Bank Visa cardmembers bermula 25 Mei 2026 jam 2.00 petang, menawarkan potongan tambahan 5% daripada harga flash sale dengan slot terhad. Pendaftaran awam pula dibuka bermula 26 Mei 2026 jam 2.00 petang. Acara Garmin Asia Virtual Run 2026 turut berlangsung dari 1 Jun hingga 2 Ogos 2026 untuk penyertaan dari mana-mana sahaja.
Membawa semangat “From Zero to Hero,” siri ini memberi inspirasi kepada pelari baharu untuk membina keyakinan menamatkan larian pertama, serta memberi peluang kepada pelari berpengalaman memecahkan rekod peribadi mereka melalui Garmin Run Marathon Series.
Bagi membantu persediaan, ekosistem latihan The Garmin Run Club (GRC) akan mengadakan sesi latihan setiap Selasa di Sky Field dan TAR UMT Arena, sebelum ditambah menjadi dua kali seminggu dari Julai hingga Oktober. Peserta juga bakal mendapat sokongan padu daripada pacers yang diketuai oleh jurulatih berpengalaman, Akashah dan Faiz, termasuk peningkatan bilangan pacer wanita bagi menyokong pelari wanita.
“Sokongan komuniti tempatan amat penting bagi kejayaan Garmin Run Malaysia. Kami percaya setiap langkah perjalanan larian itu berharga bagi semua tahap kecergasan. Garmin kekal komited menyokong pelari melalui teknologi sains larian, ekosistem latihan, dan bimbingan pakar untuk membina konsistensi. Kami teruja membawakan semula acara tahunan ini demi meraikan gaya hidup sihat bersama,” tambah Sheena Sim, Marketing Team Lead of Garmin Malaysia.
Siri tahun ini disokong oleh rakan kongsi utama: aminoVITAL (Ajinomoto Co., Ltd.) untuk nutrisi sukan termaju; Starlux Airlines untuk rangkaian penerbangan lancar di Asia; dan Shokz untuk teknologi audio Open-Ear inovatif bagi pelari.
Maklumat lanjut boleh didapati di garmin.com.my, facebook.com/GarminMalaysia, instagram.com/GarminMalaysia dan youtube.com/GarminMalaysiaAsia
