Home / Berita Terkini / KLIMS Run 2026: 1,000 Peserta Sertai Larian Automotif Pertama di Malaysia

KLIMS Run 2026: 1,000 Peserta Sertai Larian Automotif Pertama di Malaysia

Kuala Lumpur, 18 Mei 2026 – Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah berjaya menganjurkan KLIMS Run 2026 buat julung kalinya semalam, sekali gus mencatat pencapaian penting menjelang Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026. Dianjurkan bersempena dengan inisiatif KL Car-Free Morning, larian komuniti ini bermula pada jam 7.00 pagi di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan menarik penyertaan lebih 1,000 peserta dalam kategori 5KM dan 7KM.

Sebagai larian komuniti pertama di bawah kalendar pra-acara KLIMS, KLIMS Run 2026 menzahirkan tema “Beyond Mobility” dengan menghimpunkan peminat automotif, keluarga, komuniti kecergasan serta orang awam dalam satu perayaan penuh semangat yang menggabungkan gaya hidup aktif, semangat komuniti dan tanggungjawab sosial.

Selaras dengan komitmen MAA terhadap penglibatan masyarakat, sumbangan sebanyak RM5,000 telah disampaikan kepada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Dengkil, sebuah pusat pemulihan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang menyediakan rawatan, penjagaan dan pemulihan berstruktur untuk individu yang sedang pulih daripada ketagihan dadah. Inisiatif ini, dengan sokongan Selangor Youth Community (SAY), merupakan sebahagian daripada usaha KLIMS 2026 untuk memperluas penglibatan belia dan masyarakat serta memperkukuh arah tuju pameran ke arah keterangkuman dan hubungan sosial.

“KLIMS sentiasa menjadi platform yang mencetuskan perbincangan tentang masa depan mobiliti. Hari ini, dengan penganjuran larian komuniti pertama kami, sambutan yang diterima amat memberangsangkan. Seiring perubahan gaya hidup, mobiliti juga perlu berperanan dalam menghubungkan komuniti, menyokong kesejahteraan dan mencipta pengalaman bersama. Kami juga berbesar hati dapat bekerjasama dengan Selangor Youth Community dalam memperluas usaha khidmat masyarakat melalui sumbangan kepada PUSPEN Dengkil. KLIMS Run 2026 mencerminkan hala tuju ini dan menegaskan komitmen kami untuk menjadikan KLIMS lebih inklusif, mudah diakses dan berorientasikan komuniti untuk rakyat Malaysia,” kata Encik Mohd Shamsor bin Mohd Zain, Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Peserta turut menerima kit perlumbaan eksklusif KLIMS Run 2026 yang merangkumi t-shirt edisi terhad, medal penamat, bib perlumbaan, beg galas bertali serta tiket percuma ke KLIMS 2026. Menambah keterujaan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah menarik termasuk hadiah utama sebuah MacBook Neo.

KLIMS 2026 – Apa Seterusnya?
Peminat automotif boleh menantikan acara utama KLIMS 2026 yang akan berlangsung dari 12 hingga 21 Jun 2026 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur. Kini memasuki edisi ke-11 dengan tema “Beyond Mobility”, KLIMS 2026 bakal menampilkan pelancaran utama, teknologi terkini serta pameran interaktif daripada jenama automotif dan mobiliti terkemuka tempatan serta antarabangsa.

Untuk maklumat terkini mengenai jenama yang mengambil bahagian, aktiviti dan tiket, layari klims.com.my atau ikuti media sosial rasmi:

Check Also

Kuasai Larian Anda dengan Garmin Forerunner Siri 70 & 170 Terbaharu

Share this on WhatsApp Malaysia, 13 Mei 2026 – Garmin Malaysia kini membantu para pelari …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!