
Kuala Lumpur, 12 Mei 2026 – Huawei Malaysia secara rasminya mengumumkan ketibaan siri boleh pakai terbaharu yang menggabungkan teknologi kesihatan canggih dengan estetika reka bentuk yang menawan. Di bawah kempen Now Is Your Spark, pelancaran ini diterajui oleh HUAWEI WATCH FIT 5, sebuah peranti pintar yang direka khas untuk meningkatkan gaya hidup moden rakyat Malaysia melalui sentuhan seni pembuatan yang lebih halus.
Mengekalkan reka bentuk petak yang ikonik, HUAWEI WATCH FIT 5 hadir dengan pelbagai pilihan warna mengikut personaliti pengguna. Bagi model HUAWEI WATCH FIT 5, ia tersedia dalam warna Perak, Ungu, Hijau, Putih dan Hitam untuk gaya yang lebih dinamik. Manakala HUAWEI WATCH FIT 5 Pro pula menampilkan bahan premium dengan pilihan warna Oren yang menyerlah serta Hitam dan Putih yang klasik bagi penampilan sofistikated. Kehebatan reka bentuk siri ini turut diketengahkan melalui kolaborasi bersama pelakon popular, Meerqeen, yang menonjolkan aspek kepelbagaian gaya dan keberanian dalam berfesyen.



Bukan sekadar rupa, HUAWEI WATCH FIT 5 Series kini bertindak sebagai teman kesihatan peribadi yang lebih pintar dengan ciri canggih terutamanya pada edisi Pro seperti teknologi ECG dengan pensijilan CE dan MDA, pengesanan kekerasan arteri, amaran A-fib berasaskan gelombang nadi, serta kajian risiko diabetes yang baharu diperkenalkan. Selain itu, ciri Mini-Workout Watch Face turut diperkenalkan bagi menyediakan panduan senaman ringkas untuk memudahkan pengguna kekal aktif walaupun sibuk dengan rutin harian.
Bagi pelanggan yang melakukan pra-pesanan HUAWEI WATCH FIT 5 Series, anda bakal menerima pakej istimewa termasuk HUAWEI FreeBuds SE 2, waranti APAC selama setahun, keahlian HUAWEI Health+ selama tiga bulan, keahlian HUAWEI Watch Face selama sebulan, serta baucar Early Bird bernilai sehingga RM150. Pra-pesanan boleh dibuat melalui Laman Rasmi HUAWEI, HUAWEI Official Store di Shopee, HUAWEI Flagship Store di Lazada serta HUAWEI Official Store di TikTok.


Melengkapkan pelancaran ini, Huawei juga akan memperkenalkan HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN Edisi Spring dan HUAWEI FreeClip 2 dalam warna Berry Purple. Kedua-dua produk ini akan tersedia bermula 19 Mei 2026 dengan penampilan mewah, segar dan bergaya – sesuai bagi mereka yang mahukan teknologi mereka mencerminkan personaliti mereka.
Untuk maklumat lanjut tentang pelancaran rasmi pada 19 Mei 2026, sila layari Laman Rasmi HUAWEI, laman media sosial rasmi HUAWEI di Facebook atau Instagram.
