Home / Artikel Menarik / Amazfit Memperkenalkan Cheetah 2 Pro, Jam Tangan Larian Berprestasi Tinggi Khusus Untuk Persediaan Maraton

Amazfit Memperkenalkan Cheetah 2 Pro, Jam Tangan Larian Berprestasi Tinggi Khusus Untuk Persediaan Maraton

Kuala Lumpur, 11 Mei 2026 Amazfit, jenama peranti boleh pakai pintar global terkemuka milik Zepp Health, hari ini mengumumkan pelancaran Cheetah 2 Pro, produk terbaru dalam siri Cheetah yang memfokuskan kepada prestasi. Dicipta khas untuk pelari maraton yang mengutamakan aspek persediaan, Cheetah 2 Pro direka berdasarkan prinsip utama: prestasi hari perlumbaan adalah hasil daripada disiplin latihan harian. Ia menggabungkan sistem larian berstruktur, sokongan latihan kekuatan dan analisis pemulihan ke dalam satu ekosistem persediaan yang komprehensif, bagi membantu pelari kekal konsisten sepanjang tempoh latihan maraton yang panjang.

Membawa falsafah Amazfit yang mengutamakan prestasi unggul dan struktur ringan, Cheetah 2 Pro direka untuk pelari yang memahami bahawa kelajuan bukan sekadar tentang jarak dan catatan masa, malah kekuatan, pemulihan, dan disiplin. Berteraskan falsafah latihan hibrid, peranti ini membantu pelari membina daya tahan (endurance) seiring dengan kekuatan fizikal, sekali gus menyokong ketahanan yang diperlukan untuk menghadapi intensiti latihan maraton.

Rory Linkletter, pelari maraton profesional dan duta atlet Amazfit

Rory Linkletter, pelari maraton profesional dan duta atlet Amazfit berkata: “Latihan maraton memerlukan konsistensi, disiplin dan ketelitian dalam setiap fasa persediaan. Semasa saya berlatih untuk Maraton Boston, Cheetah 2 Pro membantu saya memantau setiap perincian penting, daripada kawalan rentak (pacing) sehinggalah kepada pemulihan. Ia terasa sangat ringan, selesa, dan sememangnya dibina untuk memenuhi keperluan latihan jarak jauh.”

Prestasi Unggul, Reka Bentuk Tanpa Beban

Kelajuan seharusnya datang daripada reka bentuk yang pintar, bukannya jisim tambahan. Melalui pendekatan struktur ringan, penggunaan bahan yang tidak penting dikurangkan tanpa menjejaskan ketegaran dan ketepatan peranti. Hasilnya, sebuah jam tangan latihan maraton yang jitu namun tidak terasa berat di pergelangan tangan. Cheetah 2 Pro menawarkan prestasi larian canggih dalam reka bentuk ergonomik yang memberikan keselesaan maksimum daripada sesi latihan harian hinggalah ke hari perlumbaan.

Dicipta untuk kegunaan blok latihan yang panjang, Cheetah 2 Pro menggabungkan kerangka bawah dan bingkai tengah daripada Titanium Gred 5 serta kaca nilam (sapphire) kalis calar. Gabungan ini menawarkan ketahanan tinggi dan imej premium tanpa bebanan berat yang tidak diperlukan. Paparan AMOLED 1.32 inci yang cerah memastikan data larian mudah dibaca dalam pelbagai keadaan cahaya—sama ada ketika larian awal pagi mahupun di bawah terik matahari.

Latihan Strategik Untuk Jarak Jauh

Cheetah 2 Pro menyokong pelari di setiap tahap dengan mod senaman terbina dalam yang memfokuskan kepada asas larian jarak jauh. Latihan asas aerobik membantu membina daya tahan, sesi threshold meningkatkan kecekapan larian, manakala latihan kekuatan menyokong ketahanan otot supaya pelari mampu mengendalikan jarak larian yang lebih tinggi dengan lebih kental.

Wan Muhammad Fazri Wan Zahari, Pelari Jarak Sederhana Malaysia (800m) dan Duta Amazfit

Wan Muhammad Fazri Wan Zahari, Pelari Jarak Sederhana Malaysia (800m) dan Duta Amazfit, mengulas: “Sebagai pelari 800m, ketepatan adalah segalanya. Cheetah 2 Pro membantu saya menetapkan rentak larian, memantau beban latihan, dan memahami bila masanya untuk memacu prestasi atau berehat. Ia memastikan setiap sesi latihan saya kekal efisien dan prestasi sentiasa di tahap optimum.”

Melalui aplikasi Zepp Coach, pelari akan menerima pelan latihan pintar yang disesuaikan mengikut jarak larian (dari 3km hingga maraton penuh), yang berubah secara dinamik berdasarkan prestasi semasa. Untuk kawalan yang lebih mendalam, jam tangan ini juga boleh diselaraskan dengan platform pihak ketiga seperti TrainingPeaks, Runna, Strava, dan Intervals.icu.

Metrik Pintar Untuk Larian dan Pemulihan

Cheetah 2 Pro menterjemah data latihan kepada keputusan yang lebih tepat. Metrik larian lanjutan seperti rentak, ambang laktat (lactate threshold), kuasa larian (running power), pengesanan gaya larian (gait tracking) dan ramalan masa penamat membantu pelari memahami teknik larian mereka dengan lebih mendalam.

Di dalam aplikasi Zepp, analisis pemulihan seperti kadar denyutan jantung, HRV, kualiti tidur, dan tahap keletihan memberikan gambaran menyeluruh tentang tindak balas badan terhadap beban latihan. Metrik seperti VO2 max dan status latihan membantu pelari membuat keputusan bijak—sama ada untuk terus memacu latihan atau memberi keutamaan kepada pemulihan bagi mengekalkan konsistensi jangka panjang.

GPS Paling Canggih Dalam Siri Cheetah

Dilengkapi dengan GPS dwi-jalur dan kedudukan berbilang satelit, Cheetah 2 Pro memberikan penjejakan laluan dan rentak yang sangat jitu, walaupun di kawasan bangunan tinggi atau laluan berliku. Pelari boleh bergantung sepenuhnya kepada data lokasi untuk memastikan mereka kekal di laluan dan rentak yang betul.

Daya Tahan Bateri Yang Menandingi Jarak Larian

Latihan tidak seharusnya terganggu disebabkan bateri lemah. Cheetah 2 Pro menawarkan hayat bateri GPS sehingga 31 jam, cukup untuk menyokong masa tamat (cutoff time) maraton di seluruh dunia. Untuk kegunaan harian, jam tangan ini mampu bertahan sehingga 20 hari, memastikan ia sentiasa bersedia mengikut rentak kehidupan anda. Selain itu, lampu suluh dwi-mod terbina dalam memberikan keselamatan tambahan bagi mereka yang gemar berlari pada awal pagi atau lewat malam.

Harga dan Ketersediaan

Cheetah 2 Pro akan mula dibuka untuk pra-tempahan pada 11 Mei 2026, dengan pelancaran rasmi pada 14 Mei 2026. Produk ini boleh didapati melalui laman web rasmi Amazfit serta rakan runcit sah di platform Shopee, Lazada dan TikTok.

Pelanggan yang membuat pra-tempahan akan menerima T-shirt eksklusif Amazfit dan pengering rambut (selagi stok masih ada). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Amazfit dan ikuti media sosial Amazfit di Facebook, Instagram, dan TikTok.

Check Also

200 warga UPSI sertai Clean Nation Fun Run sempena OSH Week

Share this on WhatsApp Suasana sesi pelepasan peserta Clean Nation Fun Run yang disempurnakan oleh …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!