Home / Berita Terkini / ANTA Buka Flagship Store Baharu, ANTA PALACE di Pavilion Elite

ANTA Buka Flagship Store Baharu, ANTA PALACE di Pavilion Elite

Kuala Lumpur, 9 April 2026 – Jenama pakaian sukan berprestasi dan athleisure, ANTA, terus mengukuhkan kedudukannya di Malaysia dengan pelancaran flagship store terbaharu, “ANTA Palace”, di Pavilion Elite Bukit Bintang. Sejak memasuki pasaran tempatan pada 2024, ANTA semakin dikenali dalam kalangan komuniti sukan, khususnya pelari, kerana rangkaian kasut dan pakaian prestasi yang direka untuk membantu atlet pergi lebih jauh dan lebih pantas.

Memperkenalkan ANTA Zone 2 90

Dengan keluasan 434,000 meter persegi, ruang runcit ini menampilkan barisan produk ANTA paling besar di Malaysia – daripada kasut larian harian hingga kasut perlumbaan berteknologi tinggi. Antara tarikan utama ialah ANTA Zone 2 90, kasut “super trainer” tanpa plat yang menggunakan teknologi Nitro Edge 90 super foam. Ringan, responsif dan penuh tenaga, ia direka untuk memberikan pengalaman larian yang lebih bouncy dan selesa, sama ada untuk latihan harian atau hari perlumbaan.

Menurut Oscar, Country Manager AVID Sports Malaysia: “Pembukaan flagship store ini bukan sekadar menjual produk, tetapi mencipta pengalaman imersif yang meraikan semangat ‘Keep Moving’. Kami mahu pelari dan atlet Malaysia merasai gabungan warisan Olimpik dengan teknologi runcit terkini.”

Ikon larian menara dunia, Soh Wai Ching

Majlis pelancaran turut dihadiri oleh ikon larian menara dunia, Soh Wai Ching, yang menjadi simbol semangat “Professional Breakthrough” ANTA – mencabar “status quo” prestasi dengan teknologi sukan terkini.

Selain kasut larian, ANTA Palace turut menawarkan pakaian dan kasut untuk bola keranjang, badminton, yoga, serta koleksi outdoor untuk hiking dan trail running. Bagi peminat gaya hidup aktif, koleksi eksklusif SNEAKERVERSE menampilkan sneakers premium berteknologi tinggi seperti siri SV Thorn.

Reka bentuk kedai ini sendiri diinspirasikan oleh tema Olympic Hall, dengan elemen kaca dan lengkungan simbolik yang melambangkan semangat kemenangan. Dari podium sembilan model di tingkap utama hingga fitting room berteknologi tinggi, setiap sudut direka untuk menghidupkan DNA sukan profesional ANTA.

Dengan tagline KEEP MOVING, ANTA menyeru komuniti Malaysia untuk terus aktif, sama ada anda seorang pelari tegar atau baru mula berjinak dengan dunia larian. Flagship store ini bukan sekadar ruang membeli-belah, tetapi sebuah destinasi yang menghubungkan sukan, teknologi dan gaya hidup moden.

Check Also

Project Love Sneaker 2026: Tukar Kasut Lama Anda Dengan Baucar RM150

Share this on WhatsApp Malaysia, 31 Mac 2026 – Inilah masanya untuk anda mengemas almari …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!