Siapa kata pelari wanita tidak boleh bersolek untuk berlari? Make up (tatarias) bukan sahaja membuatkan wanita terlihat lebih cantik tetapi ia juga juga menjadikan wajah lebih segar dan berseri. Manalah tahu anda akan terserempak dengan jejaka idaman di tengah larian!
Jom kita usha beberapa produk solekan mesra-sukan yang dicipta untuk golongan aktif seperti anda. Dijamin kekal cantik walaupun wajah dibasahi keringat di bawah terik mentari.
1. Kat Von D – Everlasting Liquid Lipstick (RM99)
Tahan sehingga 24 jam, gincu bibir dalam bentuk cecair ini mudah diaplikasikan. Dengan bahan pelembab, ia akan memelihara kemulusan bibir anda selembut baldu. Boleh didapati dalam 16 warna yang “garang” penuh bergaya!
2. Kat Von D Lock It Tattoo Foundation (RM179)
Foundation dalam bentuk cecair ini melitupi kulit dengan sempurna dengan tona sekata. Formulasi kaya pigmen dicipta untuk wajah tanpa cela yang tidak perlu di-touchup sehingga 24 jam. Kalis peluh dan tidak comot walau seaktif mana senaman anda!
3. Kat Von D Tattoo Liner (RM99)
Celak kalis air dengan berus inovatif yang memmberikan kawalan yang mantap dan kreatif untuk menyerlahkan mata anda. Hitam pekat, ia kekal sehingga 24-jam. Mudah diaplikasi, cepat kering.
4. Better Than Sex Waterproof Maskara (RM90)
Maskara berprestasi tinggi ini kalis peluh dan tahan untuk dipakai seharian. Diformulasikan dengan kolagen dan procelain, ia melembapkan dan melentikkan bulu mata dengan sinar dan volum.
5. Eyeko Sport Waterproof Mascara_(RM83)
Produk kalis air untuk bulu mata idaman yang lentik dan panjang sehingga 12 jam. Formulasi Gel Thixotropical memberikan sapuan yang sekata dan rapi. Mudah ditanggalkan dengan Eyeko Maskara Makeup Remover.
6. Eyeko Sport Waterproof Eyeliner (RM65)
Celak hitam pekat yang tampak rapi walaupun digunakan untuk sukan lasak. Diperkayakan dengan minyak kelapa untuk sapuan yang sempurna di atas kelopak mata. Juga dilengkapi dengan penajam berus otomatik di penutupnya untuk garis lukisan lebih halus.
Produk kosmetik tersebut di atas boleh didapati di gedung-gedung Sephora berhampiran anda atau di http://www.sephora.my/