Home / Artikel Menarik / 6 Perbezaan Pengalaman Di Antara Bangkok dan Chiang Mai

6 Perbezaan Pengalaman Di Antara Bangkok dan Chiang Mai

Airbnb, platform hospitaliti popular mendedahkan bahawa rakyat Malaysia masih tidak jemu untuk melancong ke negara Thailand. Negara ini telah mencatatkan peningkatan 44% dalam jumlah pelancong Malaysia Airbnb, dari tahun ke tahun (YOY).

Tidak menjadi sesuatu yang menghairankan jika Bangkok muncul sebagai destinasi paling popular di kalangan pelancong Malaysia Airbnb manakala tempat kedua diraih oleh Chiang Mai, bandar terbesar di utara Thailand. Menurut, Airbnb, daerah dengan kawasan pergunungan berkabus ini telah mencatatkan jumlah pelancong  dua kali ganda dari Malaysia pada tahun lepas!

Jadi, destinasi manakah yang harus anda pilih untuk berkunjung ke Thailand? Jom kita buat perbandingan…

PemandanganBangkok, menampilkan pemandangan yang sarat dengan kuil dan tarikan bersejarah, d tengah-tengah kemodenan kota metropolitan. Ikuti hos Petz  menaiki bot ke Kul Paknam yang indah atau zahirkan keindahan Wat Arun dalam lakaran bersama Chonradee. Chiang Mai terletak di kawasan bergunungan yang indah, menampilkan suasana desa yang lebih permai. Pelajari mengenai kehidupan suku kaum bukit, dan lawati rumah-rumah di atas tiang buluh bersama hos Pat, atau sertai kembara di hutan dan jelajahi perkampungan bersama Manuelo.

Fesyen-Jalanan

Bangkok menawarkan suasana yang mewah, dan penduduknya lebih cenderung kepada gaya hidup sofistikated dan lebih mewah. Anda juga mendapatkan gaya mereka dengan mencipta beg kulit klasik buatan tangan bersama hos Florian atau mengenakan sut yang baru ditempah khas gaya Richard. Sebaliknya, Chiang Mai menampilkan suasana yang lebih santai dan aura hipster, di mana kebanyakan aktiviti lebih tertumpu kepada ketenangan, seperti membuat anyaman bersama penduduk suku kaum bukit atau mencipta sabun herba 100% semula jadi anda sendiri
Makanan-Lewat-Malam

Penduduk Bangkok setia dengan mi tradisional mereka: pelajari cara memasak makanan asli Thai bersama hos Pimlada atau cuba sajian goreng Thai yang terbaik daripada Dwight dan Panisha. Warga Chiang Mai lebih sukakan hidangan utara Thai seperti ayam goreng, ikan atau telur ikan yang disalut jem cili hijau, atau mi kicap kow, hidangan istimewa dari daerah ini. Anda boleh pelajari cara membuat resipi ibu Waya, yang menurutnya merupakan resipi yang terbaik.

 

Rancangan-Hujung-Minggu

Kota Bangkok memang terkenal dengan hiburan malam. Jelajahi aneka bar sehingga dinihari bersama hos Petz atau alami aktiviti-aktiviti warga tempatan Bangkok dalam masa 12 jam bersama Vicky dengan mengalami 4 elemen utama Bangkok: makanan, terapung, urutan seluruh badan, dan pasar malam yang menyeronokkan. Chiang Mai juga tidak kurang hebatnya dari sudut aktiviti luar dan lasak. Anda boleh memilih aktiviti papan dayung berdiri di Sungai Ping atau kunjungi empangan terbesar di bandar ini dan memancing atau berenang dari rumah bot rahsia di dalam taman negara.

Pengangkutan

Bangkok menawarkan banyak pilihan pengangkutan, namun ia juga terkenal dengan lalulintas yang paling sesak di dunia. Chiang Mai pula, dengan keadaan lalulintas yang lebih ringan dan santai, menggalakkan warga tempatan dan pengembara untuk menaiki songtheaw, sejenis trak dengan dua bangku, yang memudahkan anda untuk naik dan turun.

Berbasikal

Sama seperti aktiviti berlari, berbasikal di Bangkok mungkin lebih baik dilakukan di dalam gym kerana faktor pencemaran udara dan keselamatan. Di Chiang mai pula, anda boleh menikmati pemandangan desa dan pergunungan yang indah dengan berbasikal di luar.

Pilihlah destinasi percutian mengikut kegemaran anda. Tepuk dada , tanya selera.

Artikel disiarkan dengan ihsan Airbnb bagi tujuan inspirasi dan ilustrasi sahaja. 

Check Also

PUMA Lancar Koleksi SQUID GAME Sempena Tayangan Musim Kedua Siri NETFLIX Paling Popular Ini

Share this on WhatsApp PUMA meraikan ketibaan musim kedua Squid Game dengan kolaborasi yang menampilkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!