Kuala Lumpur, 10 Januari 2018 – Standard Chartered KL Marathon (SCKLM) mengumumkan sepuluh pembaharuan dalam edisi tahun ini sempena ulang tahunnya yang ke-10. Acara marathon ini bakal dilangsungkan pada 7-8 April 218 di Dataran Mederka.
- Rekod sejarah penyertaan
Para pelari boleh menyemak sejarah penyertaan melalui laman web SCKLM dan melihat pencapaian mereka tahun demi tahun.
- Catatan masa untuk Kids Dash
Buat kali pertamanya, para pelari Kids Dash akan dibekalkan cip masa (timing chip) untuk merekodkan masa bagi menamatkan larian. Prestasi mereka juga boleh dikesan melalui Aplikasi SCKLM.
- Acara berasingan bagi Kids Dash
Acara Kids Dash akan diadakan sehari lebih awal iaitu pada 7 April. Ini membolehkan para ibubapa untuk menyokong anak-anak mereka dengan sepenuhnya dan juga mengambil bahagian dalam acara larian mereka sendiri pada 8 April.
- SCKLM Juggernauts
Semua pelari yang telah mendaftar untuk kesemua sepuluh edisi SCKLM akan menjadi sebahagian daripada kumpulan khas “SCKLM Juggernauts” yang akan menerima keistimewaan seperti kemeja-T yang diberi tanda nama peribadi (personalised) dan nombor bib customized.
- Pakej VIP
Pelari diberi pilhan untuk mendapatkan pakej VIP yang memberikan mereka keutamaan semas pengambilan pek larian, kebenaran masuk ke kawasan VIP dan bufet sarapan pagi, penyimpanan beg VIP dan sepasang kemeja polo dan seluar trek Brooks.
- Papan tanda motivasi
Semasa pendaftaram SCKLM, para pelari boleh menghantar ungkapan motivasi kegemaran mereka. Dua puluh ungkapan terbaik dan nama pelari akan dipamerkan di papan tanda sepanjang laluan Full Marathon.
- Pilihan jenis baju larian
Pelari boleh memilih baju larian tanpa lengan (vest) atau berlengan pendek mengikut citarasa mereka tersendiri.
- Pingat penamat peringatan istimewa
Bagi memperingati Ulang Tahun ke-10 SCKLM, pingat penamat dengan rekaan yang boleh berputar dan menampilkan mercu-mercu tanda ikonik kebangsaan akan diberikan kepada setiap penamat larian.
- Pembaharuan Aplikasi SCKLM
Aplikasi SCKLM yang telah memenangi Anugerah Emas di SPIA Asia Awards di Bangkok baru-baru ini akan memperkenalkan ciri baru yang membolehkan pelari untuk mengambil gambar untuk memperingati saat-saat yang sukar dilupakan sepanjang larian.
- Laluan Baru untuk acara Marathon penuh dan Half Marathon
Untuk perlumbaan yang lebih segar dan mencabar, SCKLM akan memperkenalkan laluan baru bagi kategori Marathon Penuh dan Half Marathon yang akan melewati pelbagai mercu tanda ikonik Kuala Lumpur.
Pendaftaran SCKLM 2018 dibuka kepada orang ramai mulai 10 January 2018.
Untuk maklumat lanjut mengenai SCKLM, sila layari:
Facebook : http://www.facebook.com/SCKLmarathon
Twitter : www.twitter.com/SCKLmarathon
Instagram : https://instagram.com/SCKLmarathon
Website : www.kl-marathon.com