Home / Berita Terkini / Leo Tan Pecah Rekod Kebangsaan di Tokyo Marathon

Leo Tan Pecah Rekod Kebangsaan di Tokyo Marathon

Leo_Tan_tokyo_marathon_003

Tokyo, 25 Februari 2018 – Leo Tan Huong Leong sekali lagi memecahkan rekod kebangsaan acara marathon dengan catatan masa 2:25:32, memperbaharui rekod yang diciptanya tahun lepas, juga di Tokyo Marathon, 2:28:19.

tokty_marathon_006-Leo Tan

Menurut Leo, dia merasa terkejut kerana masa yang dicatatkannya tahun lepas dan tahun ini mempunyai persamaan dengan tarikh marathon yang dilangsungkan.

“I ran 2h28′ on 2/28 last year, and this year I finished at 2h25’32” on 2/25, what a coincidence ! To make my result more convincing and be able to put in the record book. I wanted to apply for doping test after the race, but the race director said that only invited athletes could take doping test. But I will continue my pursuit for 2020 Olympics!” – Leo Tan

tokyo_marathon_007_muhaizar_nik_fakaruddin_
Nik Fakaruddin (kiri) dan Muhaizar Mohamad (kanan) meraikan PB mereka di Tokyo Marathon 2018.

Sementara itu, pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2017, Muhaizar Mohamad turut memberikan prestasi yang cemerlang di Tokyo Marathon. Beliau menamatkan marathon dengan catatan masa 2:27:21, satu rekod peribadi terbaik dengan masa 4 minit lebih pantas daripada masa Sukan SEA beliau.

“Tokyo Marathon telah mengajar saya dengan memberi pengalaman pertama saya berlari dengan keadaan cuaca yang jauh lebih sejuk daripada cuaca di Malaysia. Saya akan perbaiki kelemahan saya selepas ini. Tidak mudah untuk berlari dengan cuaca yang sejuk untuk saya yang sering berlatih dengan cuaca di Kuala Lumpur.”

“Saya dapat rasakan saya mampu berlari dengan lebih laju tetapi otot saya tidak dapat bertahan dengan keadaan yang sejuk. Saya hanya bertahan sepanjang 32km pertama dengan Leo Tan yang lebih berpengalaman di luar negara. Setelah merasakan kaki saya hampir cramp, saya perlahankan pace saya sedikit untuk menghabiskan beberapa kilometer yang terakhir. Saya mula meningkatkan cadence saya setelah rasa cramp itu hilang dan mencatatkan masa yang dirancang, 2:27:21.” – Muhaizar Mohamad

tokyo_marathon_008_Muhaizar

Seorang lagi pelari elit Malaysia, Nik Fakaruddin turut memperbaharui rekod peribadi terbaik (PB) dengan catatan masa 2:30:51.

Syabas #JOMKITALARI ucapkan kepada semua pelari-pelari marathon Malaysia ini!

Sumber foto: Leo Tan & Myrule Azidin

Check Also

Uji Had Kecergasan Anda di UNDER ARMOUR COMBINE

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 20 September 2024 – Under Armour mengumumkan kembalinya UA …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!