
Kuala Lumpur, 13 Ogos 2026 – guardian Malaysia terus memperkukuh komitmennya terhadap kesejahteraan wanita menerusi penganjuran sulung KL Women Running Festival (KLWRF) 2026, sebuah platform utama baharu yang menghimpunkan wanita untuk meraikan gaya hidup aktif, kesejahteraan dan semangat komuniti. guardian berbangga menyokong acara yang dijangka menarik lebih 8,000 peserta, sekali gus menjadikannya antara acara larian berfokuskan wanita terbesar di Malaysia.
Berlangsung pada 18 Oktober 2026 di Dataran Merdeka, festival ini akan menampilkan kategori larian 5km, 10km dan 15km serta terbuka kepada wanita berusia 16 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang. Lebih daripada sekadar acara larian, guardian KLWRF mencerminkan komitmen lebih luas guardian dalam memperjuangkan kesejahteraan wanita dengan menggalakkan wanita mengambil peranan aktif dalam menjaga kesihatan fizikal, emosi dan kesejahteraan diri secara menyeluruh.

Ketika berucap pada majlis pelancaran, Priscilla Wu, Pengarah Urusan guardian Malaysia dan Brunei, berkata: “Di guardian, kami percaya kesejahteraan wanita bukan sekadar tentang menjaga kesihatan. Ia juga merangkumi keyakinan, pengetahuan dan sokongan yang diperlukan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bermakna pada setiap peringkat kehidupan. KL Women Running Festival menghidupkan kepercayaan ini dengan mewujudkan ruang untuk wanita berkumpul, kekal aktif, berhubung antara satu sama lain dan meraikan kekuatan diri. Kami berbangga dapat menyokong festival sulung ini yang memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk mengutamakan kesejahteraan diri.”

Festival ini dianjurkan oleh SCORE Sports Management. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Patricia Tan, berkata festival ini diwujudkan untuk menjadikan aktiviti larian lebih mesra dan mudah disertai oleh wanita tanpa mengira tahap pengalaman mereka. “Ketika kami mula berbincang mengenai guardian KL Women Running Festival, kami tahu bahawa kami tidak mahu sekadar mewujudkan satu lagi acara larian. Kami mahu wanita datang tanpa merasakan bahawa mereka perlu menjadi pelari berpengalaman atau berlari pada kelajuan tertentu untuk berasa bahawa mereka sebahagian daripada komuniti ini,” kata Tan.
Pelancaran guardian KLWRF memperkukuh komitmen guardian yang semakin berkembang dalam bekerjasama dengan rakan kongsi daripada ekosistem penjagaan kesihatan, kerajaan dan komuniti bagi menyokong kesejahteraan wanita. Berlangsung pada 18 Oktober 2026 di Dataran Merdeka, guardian KL Women Running Festival 2026 turut bakal diserikan dengan kehadiran Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, sekali gus menggariskan sokongan Kementerian terhadap inisiatif yang menggalakkan kesihatan wanita, gaya hidup aktif dan kesejahteraan pada pelbagai peringkat kehidupan.

Penyertaan Kementerian ini turut memperkukuh kerjasamanya dengan guardian menerusi inisiatif penyelidikan Listening Lab di seluruh negara, yang membantu memberikan pandangan tentang pengalaman dan keperluan wanita ketika melalui fasa pertengahan usia serta menjadi input kepada inisiatif Embracing Midlife Wellness oleh guardian.
Priscilla menambah: “Kementerian mengalu-alukan inisiatif yang menggalakkan wanita untuk mengambil tanggungjawab yang lebih besar terhadap kesihatan dan kesejahteraan diri mereka. Kami berbesar hati kerana Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah bersetuju untuk menyokong dan menyempurnakan acara guardian KL Women Running Festival, sebagai sokongan terhadap usaha menggalakkan wanita untuk kekal aktif serta meningkatkan kesedaran mengenai fasa penting dalam kehidupan seperti pertengahan usia dan menopaus. Kerjasama antara Kementerian dan guardian menunjukkan bagaimana perkongsian awam swasta dapat membantu memperkukuh kesedaran dan rangkaian sokongan terhadap kesejahteraan wanita pada setiap peringkat kehidupan.”

KLWRF 2026 akan menghimpunkan wanita daripada pelbagai peringkat usia, latar belakang dan gaya hidup dalam satu sambutan kesihatan dan kehidupan aktif yang inklusif. Festival ini merupakan sebahagian daripada komitmen lebih luas guardian terhadap kesejahteraan, dengan memberi tumpuan kepada usaha menjadikan kesihatan dan kesejahteraan lebih mudah diakses melalui pendidikan, sokongan profesional penjagaan kesihatan, penglibatan komuniti serta penyelesaian kesejahteraan yang relevan.
Ini termasuk inisiatif Embracing Midlife Wellness oleh guardian, yang bertujuan memberikan kesedaran, pendidikan dan sokongan yang lebih menyeluruh kepada wanita ketika mereka melalui perubahan fizikal dan gaya hidup yang berkaitan dengan fasa pertengahan usia. Menerusi rangkaian ahli farmasi yang dipercayai di seluruh negara, guardian terus menyediakan nasihat dan panduan penjagaan kesihatan yang mudah diakses bagi membantu wanita membuat keputusan yang lebih bermaklumat mengenai kesejahteraan diri mereka.
Priscilla menambah: “Wanita memainkan pelbagai peranan sepanjang kehidupan mereka – sebagai anak perempuan, ibu, pasangan, golongan profesional, penjaga, sahabat dan pemimpin. Kesihatan dan kesejahteraan mereka sering diketepikan apabila mereka mengutamakan keperluan orang lain. Kami mahu menggalakkan wanita untuk meluangkan masa untuk diri sendiri juga. Sama ada dengan menjadi lebih aktif, mempelajari lebih lanjut mengenai kesihatan diri, mendapatkan nasihat profesional atau sekadar berhubung dengan wanita lain, setiap langkah ke arah kesejahteraan yang lebih baik adalah penting.”
guardian KLWRF akan berlangsung pada 18 Oktober 2026 di Dataran Merdeka. Pendaftaran akan ditutup pada 10 September 2026 dan boleh dibuat secara dalam talian di: https://www.heyjom.com/event/kl-women-running-festival-2026. Maklumat lengkap mengenai pendaftaran, yuran dan terma serta syarat boleh didapati di laman web pendaftaran tersebut.

Mengakhiri kenyataannya, Priscilla berkata: “Di guardian, kami berhasrat untuk menjadi rakan yang dipercayai dalam perjalanan kesejahteraan setiap wanita. Melalui kerjasama dengan agensi kerajaan, profesional penjagaan kesihatan, rakan kongsi jenama dan organisasi komuniti, kami akan terus mewujudkan program bermakna yang memperkasakan wanita untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, bahagia dan yakin.”
