Kuala Lumpur bakal menjadi saksi kepada acara larian komuniti penuh makna apabila Roentgen Run x Komuniti Khidmat Siswa (KSK) 2026 dianjurkan oleh Jawatankuasa Penganjur di bawah Kelab Pelajar Program Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kampus Kuala Lumpur.

Menggabungkan dua inisiatif tahunan – Roentgen Run dan Khidmat Siswa Komuniti (KSK) – program ini menyatukan aktiviti larian santai dengan usaha kebajikan, bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat sambil meningkatkan kesedaran tentang kanser serta peranan radioterapi dalam penjagaan kesihatan.
📅 Tarikh: 7 Jun 2026 (Ahad)
📍 Lokasi: Car Free Morning Kuala Lumpur
🎗️ Tema: Roentgen Run: Miles of Hope bersempena Hari Kanser Survivor Sedunia
Selain meraikan para survivor kanser dan memperingati mereka yang terkesan, acara ini turut memperkukuh sokongan komuniti terhadap inisiatif kesedaran kanser. Lebih bermakna, 20% daripada yuran penyertaan peserta akan disalurkan sebagai sumbangan kepada NGO berkaitan kanser, dengan sasaran kutipan sebanyak RM10,000. Pihak penganjur kini sedang berunding dengan MAKNA (Majlis Kanser Nasional) sebagai salah satu organisasi penerima manfaat, bagi menyokong pesakit, survivor serta program kesedaran kanser di Malaysia.
Acara ini terbuka kepada pelajar, staf, alumni UKM, ahli keluarga serta masyarakat umum. Setiap kilometer yang dilalui bukan sekadar langkah, tetapi simbol harapan, kekuatan dan solidariti.
Miles of Hope – setiap kilometer adalah simbol harapan.



Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila layari https://getbiib.com/events/1624
