Home / Artikel Menarik / Kuasai Larian Anda dengan Garmin Forerunner Siri 70 & 170 Terbaharu

Kuasai Larian Anda dengan Garmin Forerunner Siri 70 & 170 Terbaharu

Malaysia, 13 Mei 2026 – Garmin Malaysia kini membantu para pelari meningkatkan kualiti latihan mereka ke tahap seterusnya menerusi pengenalan Forerunner 70 dan Forerunner 170. Jam tangan pintar yang direka khusus untuk larian ini bukan sahaja mudah dikendalikan, malah dilengkapi dengan pelbagai fungsi untuk memulakan hobi larian mahupun memperhalusi rutin latihan sedia ada. Kedua-dua model ini menampilkan paparan AMOLED 1.2 inci yang terang, skrin sentuh yang responsif, serta reka bentuk tradisional 5-butang untuk kemudahan penggunaan yang optimum. Selain itu, pelari boleh mengakses ciri kesihatan harian, alatan latihan termaju, notifikasi pintar dan banyak lagi — semuanya tanpa perlu mengecas jam setiap malam.

“Direka khas dengan segala keperluan yang diperlukan oleh seorang pelari untuk memulakan perjalanan larian mereka, Forerunner 70 dan Forerunner 170 menyertakan ciri larian dan latihan premium yang diadaptasi daripada siri Forerunner kami yang lebih tinggi, serta metrik kesihatan dan kesejahteraan yang popular. Tidak kira apa jua matlamat anda, jam tangan pintar ini adalah teman yang sempurna bagi membantu pelari baharu mahupun yang berpengalaman memastikan setiap langkah mereka bermakna.” — En. Scoppen Lin, Penolong Pengurus Besar, Garmin Asia.

Forerunner 70 – Jam Tangan Pintar yang Menjadikan Anda Pelari Sejati

Sarat dengan ciri-ciri untuk semua peringkat pelari, Forerunner 70 sentiasa bersedia menemani setiap langkah perjalanan anda.

  • Berlatih dengan fungsi asas yang lengkap, termasuk GPS terbina dalam, masa, jarak, rentak (pace), dan pemantauan kadar jantung berasaskan pergelangan tangan¹.
  • Ciri ‘Quick Workouts’ baharu memudahkan latihan dengan mencipta cadangan senaman yang disesuaikan mengikut tahap kecergasan pelari dan hanya memerlukan tetapan minimum: cuma pilih masa yang diingini dan tahap intensiti.
  • Bersedia untuk sebarang acara, capai mercu tanda larian anda, atau tingkatkan kecergasan dengan pelan latihan Garmin Coach yang menyesuaikan diri secara harian berdasarkan metrik kesihatan dan pemulihan. Selain pelan popular untuk latihan intensif, Garmin Run Coach turut menyediakan pelan baharu dengan gabungan senaman larian/berjalan serta latihan volum rendah.
  • Terima cadangan senaman harian – termasuk senaman larian/berjalan baharu – yang akan dikemas kini selepas setiap larian bagi memadankan prestasi dan pemulihan anda.
  • Perhalusi latihan dengan ciri termaju yang dikuasakan oleh Garmin Human Performance Lab, termasuk kesediaan latihan (training readiness), status latihan, kuasa larian berasaskan pergelangan tangan, serta dinamik larian. Manfaatkan lebih 80 aplikasi sukan terbina dalam, termasuk renang, berbasikal, latihan kekuatan dan banyak lagi untuk kekal aktif dalam pelbagai cara.
  • Pantau kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh 24/7 dengan penjejakan tidur termaju, jurulatih tidur, variasi pernafasan, status variabiliti kadar jantung (HRV), Pulse Ox, log gaya hidup, dan Status Kesihatan².
  • Kekal berhubung dengan notifikasi pintar, ciri keselamatan dan penjejakan, LiveTrack dan pelbagai lagi³.

Forerunner 70 mempunyai jangka hayat bateri sehingga 13 hari dalam mod jam tangan pintar dan ditawarkan dalam pilihan warna yang menarik seperti citron, soft pink, tidal blue, cool lavender, black dan whitestone.

Forerunner 170 – Lebih Daripada Jam Tangan Pintar, Sebuah Identiti Pelari

Meneruskan kecemerlangan Forerunner 70, Forerunner 170 menambah ciri gaya hidup aktif seperti pembayaran tanpa sentuh Garmin Pay. Ini membolehkan pelari berhenti seketika untuk membeli snek atau air minuman di tengah larian dan membayar dengan pantas terus dari pergelangan tangan (dengan bank dan rangkaian pembayaran yang disokong). Bagi mereka yang gemar bersemangat dengan muzik, Forerunner 170 Music membolehkan pengguna memuat turun lagu, podcast dan banyak lagi daripada perkhidmatan muzik pihak ketiga yang popular (memerlukan langganan) terus ke jam tangan untuk didengar tanpa telefon menggunakan fon kepala tanpa wayar.

Kedua-dua Forerunner 170 dan Forerunner 170 Music mempunyai jangka hayat bateri sehingga 10 hari dalam mod jam tangan pintar. Forerunner 170 ditawarkan dalam warna black dengan tali black/amp yellow dan whitestone dengan tali whitestone/cloud blue. Manakala Forerunner 170 Music turut hadir dalam warna-warna menyerlah seperti teal green dengan tali teal green/citron serta red pink dengan tali red pink/mango.

Harga dan Ketersediaan

Boleh didapati untuk pembelian di garmin.com.my bermula 29 Mei 2026, Forerunner 70 ditawarkan pada harga runcit yang disyorkan iaitu RM1,119, manakala Forerunner 170 pada harga RM1,349 dan Forerunner 170 Music pada harga RM1,549. Jam tangan ini juga akan tersedia di Shopee, Lazada, e-stor AECO, Kedai Jenama Garmin, serta semua pengedar sah.

Direka secara dalaman untuk kehidupan luaran, produk Garmin telah merevolusikan kehidupan pelari, penunggang basikal, perenang, dan atlet dari semua peringkat keupayaan. Komited untuk membangunkan teknologi yang membantu orang ramai kekal aktif dan meningkatkan prestasi, Garmin percaya bahawa setiap hari adalah peluang untuk berinovasi dan peluang untuk mengatasi pencapaian semalam (beat yesterday).

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti facebook.com/GarminMalaysia, instagram.com/GarminMalaysia, youtube.com/GarminMalaysia atau Blog Garmin Malaysia.

Check Also

Amazfit Memperkenalkan Cheetah 2 Pro, Jam Tangan Larian Berprestasi Tinggi Khusus Untuk Persediaan Maraton

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 11 Mei 2026 – Amazfit, jenama peranti boleh pakai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!