Home / Artikel Menarik / Pantas & Selesa: SKECHERS Perkenal 3 Model AERO Series

Pantas & Selesa: SKECHERS Perkenal 3 Model AERO Series

Skechers, peneraju global dalam kasut gaya hidup serta prestasi, membuka lembaran baharu dalam inovasi larian dengan koleksi prestasi terbaharunya: Skechers AERO Series. Direka untuk mereka yang mahu berlari lebih pantas, lebih jauh, dan berasa lebih ringan, koleksi berteknologi tinggi ini menawarkan gabungan dorongan, sokongan, dan gaya harian.

Barisan Skechers AERO Series

AERO Series menampilkan tiga model berbeza, setiap satunya direka untuk kelajuan, kestabilan, dan keselesaan sepanjang larian, membantu anda pergi lebih jauh dengan lebih pantas:

  • SKX® AERO Spark
  • SKX® AERO Burst
  • SKX® AERO Tempo

Tersedia dalam pilihan warna yang garang untuk lelaki dan wanita, setiap model menampilkan binaan ringan, dorongan plet berkarbon, dan sokongan Arch Fit® yang diiktiraf oleh pakar podiatri. Ia juga menampilkan inovasi utama seperti teknologi Skechers Hyper Arc™, yang menyesuaikan kasut dengan langkah anda untuk larian yang lebih cekap, serta teknologi kusyen HYPER BURST ICE™ dan HYPER BURST® untuk keselesaan responsif. Tapak luar Goodyear® Performance menawarkan cengkaman yang mantap di atas pelbagai permukaan, membolehkan AERO Series menemani anda berlari jauh dengan lebih yakin.

Kenali Lebih Dekat Setiap Model

SKX® AERO Spark | RM659.00

Kasut latihan baharu anda untuk larian harian dan speed interval.

SKX® AERO Spark menawarkan larian yang ringan dan menyokong berkat midsole HYPER BURST ICE™ Skechers – busa berkepadatan dwi-density yang memberikan responsif dan kestabilan. Plat winglet separuh penuh berkarbon yang terbenam di dalam tapak menambahkan dorongan ke hadapan pada setiap langkah, manakala sistem rocker HYPER ARC™ memastikan peralihan yang lancar dari tumit ke hujung kaki. Sokongan Arch Fit® yang diiktiraf oleh pakar podiatri memberikan keselesaan pada setiap langkah, dan sockliner HYPER BURST PRO™ berdaya lantun tinggi meningkatkan daya kusyen keseluruhan. Dengan bahagian atas mesh yang telus udara dan bahan vegan yang boleh dicuci dengan mesin, AERO Spark™ bersedia untuk larian jarak jauh dengan prestasi dan gaya.


SKX® AERO Burst | RM759.00

Direka untuk jarak jauh, berdaya kusyen untuk keselesaan maksimum.

Direka untuk keselesaan dan ketahanan jarak jauh, SKX® AERO Burst adalah kasut yang ideal untuk latihan jarak jauh. Ia menampilkan bahagian atas teknologi mesh yang telus udara untuk memastikan kaki anda tidak panas dan kekal selesa walaupun semasa sesi latihan yang panjang. Kusyen HYPER BURST ICE™ menyerap impak sambil mengembalikan tenaga, dan plet winglet separuh penuh berkarbon memberikan dorongan ke hadapan tambahan untuk langkah yang yakin. Dipertingkatkan oleh sokongan Arch Fit® dan sistem HYPER ARC™ yang lancar, kasut ini mengimbangi kelembutan dengan struktur. Dilengkapkan dengan Goodyear® Performance Outsole yang tahan lasak, SKX® AERO Burst dibina untuk menempuh jarak larian yang jauh.


SKX® AERO Tempo | RM799.00

Memacu perlumbaan dalam setiap langkah.

Dicipta untuk kelajuan dan prestasi hari perlumbaan, SKX® AERO Tempo menggabungkan reka bentuk ultraringan dengan pulangan tenaga maksimum. Bahagian atas, upper mono-meshnya mendakap kaki untuk larian yang lebih selamat, manakala kusyen HYPER BURST® berdaya lantun tinggi menawarkan penyerapan impak yang stabil tanpa menambah berat kepada kasut. Plat winglet dalaman penuh berkarbon mendorong anjakan kaki ke hadapan yang kuat, manakala sockliner HYPER BURST PRO™ meningkatkan lagi daya responsif dalam setiap langkah. Dengan sokongan Hyper Arc™ untuk mengurangkan kelesuan dan Goodyear® rubber outsoles untuk cengkaman yang mantap, SKX® AERO Tempo adalah pilihan utama bagi pelari yang mengejar rekod peribadi baharu dalam perlumbaan.


Ketersediaan

Skechers SKX® AERO Burst, SKX® AERO Spark, dan SKX® AERO Tempo kini boleh didapati di kedai konsep Skechers terpilih, termasuk The Exchange TRX, 1 Utama Shopping Centre, Suria KLCC, Pavilion KL, Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, dan Sunway Pyramid, serta secara dalam talian di skechers.com.my.

Sertai AERO On The Move!

Bersempena dengan pelancaran ini, Skechers juga menganjurkan Skechers AERO On The Move – siri larian tiga hujung minggu yang disediakan khas untuk komuniti larian Malaysia. Siri larian ini menawarkan peluang terbaik untuk mencuba AERO Series dan berinteraksi dengan rakan-rakan pelari yang lain.

Pendaftaran kini dibuka melalui laman Facebook Skechers Malaysia Running Club, dengan yuran penyertaan RM10 setiap orang, setiap sesi. Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan larian anda!

Check Also

The Music Run™ by AFFIN Gegarkan Kuala Lumpur dengan Edisi ke-11

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 18 April 2026 – Acara larian ikonik yang menggabungkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!