Home / Artikel Menarik / “UDAH-UDAH LA TU” Lagu Neves Cugat Sindir Pelari?

“UDAH-UDAH LA TU” Lagu Neves Cugat Sindir Pelari?

neves pugly

Neves Cugat adalah antara segelintir selebriti Malaysia yang aktif dalam sukan berlari yang merupakan hobi masa lapangnya bila mahu melarikan ‘sebentar’ dari dunia hiburan. Dia juga banyak melibatkan diri dengan kegiatan sukan ‘outdoor’ lain seperti berbasikal, memanjat gunung dan travel sebagainya.

Baru-baru ini, Neves telah memuatnaik sebuah lagu demo yang berjudul “Udah-udah la tu” di lama Youtube dan Facebooknya. Lagu ini mempunyai melodi yang simple tapi mudah melekat di minda. Liriknya pula agak sinis terutamanya kepada pelari-pelari yang suka berbuat “drama” ketika berlari. Memang sangat relevan dengan dunia lari yang semakin popular sekarang.

Menurut Neves, lagu ini ditulis dalam masa satu hari sahaja menggunakan ukulele. Ia adalah hadiah untuk komuniti pelari dan berdasarkan pengalamannya sebagai pelari sejak tahun 2013.

Jom kita dengarkan lagu ini dan ringankan jari untuk share sekiranya anda enjoy lagu ini!

Lirik:
UDAH-UDAH LA TU.

Pagi petang malam engkau asyik sibuk saja
Lama tak berjumpa muka pun dah aku lupa
Ramai kata mereput tapi itu cuma drama
Di acara kau sering naik podium saja

(Chorus)
Udah udah la tu jangan berahsia
Kata kerja, Strava aktif saja?
Udah udah la tu laju nak ke mana?
Nanti sesat jangan salahkan ‘marker’

Jauh lagi perjalanan kita akan lalui
Kuatkan mental jangan cepat telefon RD
Kita hilangkan masalah dengan bergembira
Mari nyanyi-nyanyi kita party sampai pagi

(Cho)

Usah kita gaduh kerana perkara remeh
Buang yang kotor, kita tukar saja yang bersih
Lagu ini ku cipta untuk semua bangsa
Kita kan Malaysia tak kisah kulit apa warna

(Cho)

Mungkin ada yang tak faham apa yang ku bebel
Jika tahu, kau tergolong BODO gila sewel
Biarkanlah saja asalkan semua bahagia
Yang penting kita lari & barai sama-sama

Lagu & Lirik: Neves Cugat

Ikuti Neves Cugat di
Facebook: https://www.facebook.com/nevespugly
Instagram: https://www.instagram.com/nevespugly/
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCel78yDv4IPE-jKYQZ2RCIQ

Lirik, lagu, foto dan video reposted dengan kebenaran Neves Cugat

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!