Home / Berita Terkini / Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2020 Dibatalkan!

Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2020 Dibatalkan!

Kuala Lumpur, 7 April 2020 – Penganjur Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon, Dirigo Events Sdn. Bhd dan penaja utama Standard Chartered Bank Bhd telah mengumumkan pembatalan acara tahun ini kerana ketidakpastian yang timbul akibat penularan wabak COVID-19.

Menurut kenyataan yang telah diterbitkan di laman Facebook KL Standard Chartered Marathon, kesihatan dan keselamatan para peserta, warga kerja dan sukarelawan, termasuk para penyokong dan peminat adalah diutamakan tanpa kompromi. Berikutannya, Klinik Larian, Pengambilan Pek Larian (REPC) dan juga ekspo turut dibatalkan.

Semua pendaftaran individu akan ditunda ke KLSCM 2021 secara automatik. Acara tersebut dijangka akan berlangsung pada pertengahan bulan Jun seperti mana tahun ini, tertakluk kepada kelulusan daripada pihak bandaraya. Bagi mereka yang tidak boleh menyertai acara ini pada tahun hadapan, penganjur akan menyediakan khidmat pemindahan pendaftaran (bib transfer). Proses pemindahan ini bakal diumumkan selepas pertengahan tahun 2020 kelak. Semua pulangan bagi peserta (entitlement) juga akan ditunda ke KLSCM 2021 .

Program amal Run For A Reason (RFAR) akan diteruskan sehingga 14 Mei 2020, kemudiannya ditutup dan dana yang terkumpul akan disalurkan kepada pihak benefisiari yang berkenaan. Semua pendaftaran RFAR akan ditunda ke KLSCM 2021 tetapi peserta yang berjaya mengumpul jumlah minima RM500.00 akan menerima kemeja-T RFAR tahun ini.

Untuk maklumat lanjut:

Laman web rasmi: https://www.kl-marathon.com/

Soalan-soalan lazim: https://www.kl-marathon.com/about/faq/event-cancellation-faq/

Check Also

COVID-19: Jarak Selamat Ketika Berlari Menurut Saranan Doktor

Share this on WhatsApp Dr Fadly Khairie PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) telah dimaklumkan dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!