Home / Artikel Menarik / Eksklusif: Wawancara bersama Jeff Lau & Tips Untuk Pelari KLSCM 2019

Eksklusif: Wawancara bersama Jeff Lau & Tips Untuk Pelari KLSCM 2019

Demi mengumpul dana bagi Yayasan AIDS Malaysia, Jeff Lau, 29 sanggup merentasi Gurun Sahara, Artik, Hutan Belantara Amazon dan sebagai. Kejayaan terbarunya adalah Swiss Ultra Triathlon – Deca, satu acara yang memerlukan para peserta menamatkan 10 acara Ironman dalam 10 hari berturut-turut dari 22 sehingga 31 Ogos 2019 di Buchs, Switzerland, anjuran Swiss Ultratriathlon Association.

Jom kita baca wawancara eksklusif #jomkitalari bersama Jeff Lau dan juga dapatkan tips untuk acara #KLSCM2019 yang bakal menjelang tidak lama lagi. Jangan lupa untuk sertai peraduan/ giveaway di hujung artikel ini untuk memenangi sepasang Under Armour HOVR Connected Fitness.

#JKL: Bagaimanakah anda mula berlari ultra marathon?

Saya mula minat berlari pada tahun 2013. Saya mula dengan larian 10K dan kemudiannya 20K setiap minggu bersama rakan-rakan saya di Bukit Aman. Malangnya, saya mengalami kecederaan ligamen dan terpaksa berhenti kira-kira 9 bulan untuk proses pemulihan selepas pembedahan. Pada masa itu, saya terfikir mengapa saya tidak menghargai kesihatan sebelum ini.

Setelah saya pulih selepas menjalani sesi fisio, idea untuk berlari sambil beramal tercetus. Saya dan rakan saya Ralph Dixon mengambil bahagian di Marathon des Sables, or MdS, sebuah ultramarathon dengan jarak 251 km di Gurun Sahara untuk mengumpul dana untuk Yayasan AIDS Malaysia dalam tahun 2014. Pada masa itu, saya tiada pengalaman berlari ultramarathon apatah lagi nak berlari 250km merentas Gurun Sahara, tapi saya lakukan juga demi mengumpul dana bagi Yayasan AIDS Malaysia.

Mengapa kamu sertai acara Swiss Ultra Deca Triathlon – 10 Ironman dalam 10 Hari?

Jeff: Saya ingin mencabar diri saya. Setiap tahun saya lakukan sesuatu yang berbeza. Saya pernah berlari di Gurun Sahara, Hutan Amazon, Grand Canyon, Vietnam dan sebagainya. Saya ingin cabaran yang berbeza. Triathlon adalah sesuatu yang di luar zon selesa saya.

Suatu hari semasa dalam pencarian Google, saya terjumpa acara Deca. Saya ketahui ada peserta Malaysia yang pernah lakukan acara Ironmen tiga hari berturut turut. Jadi saya pun mendaftar untuk acara 10 Ironmen dalam 10 hari. Dalam acara Deca, saya terpaksa berlari 42km setiap hari selepas berenang 3.8km dan berbasikal 180km setiap hari untuk 10 hari berturut-turut.

Saya bukanlah nak bermegah-megah dengan gelaran rakyat Malaysia pertama yang buat itu dan buat ini. Tetapi dengan menamatkan acara ini, saya tahu kisah saya akan dipetik oleh media dan saya akan gunakan peluang ini untuk mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran tentang bahaya seks rambang dan HIV.

Apakah persediaan yang telah kamu lakukan untuk acara Deca ini?

Saya mendaftarkan diri empat bulan sebelum acara ini. Saya yakin dengan kebolehan berlari tetapi agak lemah dalam acara berenang dan berbasikal. Jadi saya tumpukan latihan saya untuk berenang dan berbasikal.

Apakah perasaan anda 100m dari garisan penamat?

Saya menangis! Bagaikan tidak percaya impian buruk ini akan berakhir! Dalam acara ini saya. Setiap hari saya terpaksa berenang , berbasikal dan berlari 42km. Pada mulanya peserta-peserta lain memandang saya semacam sahaja. Macam nampak hantu setiap pagi! Maklumlah saya ini newbie, umur saya muda dan saya tidak nampak seperti pro seperti mereka. Saya hanya ada 4 jam untuk tidur setiap hari selepas berlumba sepanjang hari.

Mereka khuatir saya mati kemalangan kerana cara saya berbasikal adalah seperti ular! (Ketawa). Penatnya tidak boleh dizahirkan dengan perkataan – berbasikal 9km satu loop sebanyak 20 kali setiap hari selepas berenang laps.

Selepas hari kelima, mereka nampak OK sedikit. Mereka melayan saya seperti hero pula apabila mereka tahu tujuan saya melakukan acara ini – iaitu untuk mengumpul dana amal. Mereka memberikan bantuan seperti makanan dan ubat-ubatan kepada saya dan memberi sokongan untuk menghabiskan acara ini.

Apakah kasut dan pakaian yang anda gunakan semasa perlumbaan?

Seharusnya Under Armour – kecuali untuk acara renang. Saya memakai jaket UA Storm yang membantu saya berbasikal dalam angin kencang. Saya berlari dalam full gear Under Armour, kasut UA HOVR Infinite.

Sepanjang larian saya hanya menggunakan satu pasang kasut. Tiada spare, sebab saya yakin akan kasut UA HOVR Infinite. Saya berjaya menamatkan 10 marathon dalam 10 hari! Kasut itu masih elok!

Apakah yang kau makan semasa acara Deca?

Saya makan apa yang diberikan oleh penganjur. Terdapat chef-chef untuk menyediakan dua hidangan panas setiap hari. Makanan yang disajikan adalah seperti pasta, kentang, dada ayam dan sayur-sayuran. Saya menggunakan #RECOVERITE & #WHEYPROTEIN daripada Hammer Nutrition Malaysia untuk recovery.

Bagaimana ada membuat recovery?

Saya menggunakan Under Armour recover series. Selepas full marathon, saya memakai UA Sleepwear untuk tidur. Fabrik inovatif yang mempunyai lapisan mineral membantu memantulkan tenaga dan mempercepatkan proses recovery. Juga terdapat pakaian recovery dalam bentuk compression dan juga untuk travel.

Saya juga menggunakan Sanctband Global massage ball dan foam roller untuk mengurut otot-otot.

Bagaimana anda memberi motivasi untuk menghabiskan acara Deca ini?

Kalau di larian ultra 251km di Sahara saya boleh bercakap kepada diri saya. Tetapi di Deca, mental saya terus shut down. Saya sudah tidak boleh berfikir apa-apa kerana terlalu penat. Apa yang saya mahu lakukan setiapa hari adalah mengahbiskan acara dan berehat dan ulanginya keesokannya sehingga tamat 10 hari. Seperti robot, saya ulangi perkara yang sama selama sepuluh hari.

Kamu akan sertai Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon tahun ini. Sudah berapa banyak marathon yang telah kamu sertai?

Saya jarang-jarang berlari marathon, mungkin satu atau dua dalam setahun. Saya sudah menamatkan Singapore Marathon tahun lepas dan Sundown Marathon tahun ini.

Berikan sedikit tips untuk pembaca kami dalam persediaan berlari marathon.

Pertamanya, kamu hendaklah mempunya satu program larian. Bukan berlari dengan melulu sahaja. Berlatih memgikut pelan. Train smart. Dan buat senaman untuk menguatkan otot-otot teras (core), kerana otot-otot inilah yang menyokong badan kamu ketika berlari. Jangan lupasatu long run (>20km) sebelum acara sebenar.

Pada malam sebelum acara marathon, hidratkan badan anda dengan minuman isotonik. Jangan tunggu ke garisan permulaan baru nak minum. Saya amalkan meminum minuman isotonik sebelum tidur agar badan saya bersedia apabila pagi esoknya.

Jangan pecut setelah flag off. Berlarilah mengikut pace yang kamu telah lakukan semasa training mengikut goal kamu. Pastikan anda minum secukupnya untuk mengelakkan pening dan kekejangan otot.

Kekal bertenaga dengan mengambil gel tetapi pastikan kamu tidak mencuba jenama gel baharu kerana ia mungkin tidak sesuai dengan perut. Gunakan jenama gel tenaga yang biasa anda gunakan.

Saya tidak mempunyai pelan pemakanan yang spesifik. Saya makan seperti biasa, tetapi saya menukar diet saya kepada vegetarian tiga minggu sebelum acara. Saya merasa lebih bertenaga dan ia membantu proses recovery dengan diet vegetarian. Pemakanan dan nutrisi adalah berbeza-beza bagi setiap individu. Jadi, apa yang OK untuk saya mungkin tidak OK bagi kamu.

Postur larian adalah penting. Jangan membongkok apabila penat. Kekalkan postur tegak dan pandang ke hadapan.

Bagaimanakah teknologi Under Armour boleh membantu dalam larian?

Saya menggunakan kasut Under Armour HOVR Connected Fitness – Infinite yang selesa dan sesuai untuk kaki saya. Ia ringan dan memberikan kusyen dalam setiap langkah.

Kasut pintar ini boleh dihubungkan ke aplikasi mobil MapMyRun untuk merakamkan pelbagai data larian peribadi saya dan saya boleh gunakan data untuk memperbaiki larian saya. Aplikasi ini juga membolehkan saya berkongsi gambar dan peta larian di media social. Selain daripada Infinite, anda juga boleh cuba HOVR Sonic 2 atau HOVR Guardian.

Pernahkan anda DNF (Did Not Finish)?

Ya, dua kali! Di Yukon, Kanada dan juga acara Ironman pertama saya di mana saya terlebih 5 minit dari COT dalam acara berbasikal. Jangan merasa malu kerana DNF. Mungkin anda akan merasa kecewa tetapi jadikan ia pembakar semangat untuk bangkit semula! You only have a story to tell when you DNF-ed. Go for it again!

Soalan Terakhir, apakah acara larian impian dalam “bucket list”kamu?

30 marathon dalam 30 hari di New York!

Ikuti perkembangan Jeff Lau di
1) Facebook https://www.facebook.com/jefflauofficial/
2) Instagram https://www.instagram.com/jefflau.ultra/
Sumbangkan derma anda secara ikhlas ke tabung Yayasan AIDS Malaysia di https://www.simplygiving.com/appeal/decaxaids

PERADUAN/ GIVEAWAY #JOMKITALARI X UA

HADIAH
2 X kasut rasmi #KLSCM2019 – Under Armour HOVR Connected Fitness

1) Follow INSTAGRAM Jom Kita Lari and Under Armour Malaysia.
2) https://www.instagram.com/jomkitalari/
3) https://www.instagram.com/underarmourmy/

4) Klik Pautan ini untuk ke Laman Facebook Jom Kita Lari. KLIK SINI:

5) Tinggalkan butiran dan jawapan anda di bahagian komen FB.
a) Nama anda di Instragram:
b) Apakah kasut rasmi KLSCM 2019?
c) Apakah nama aplikasi mobil yang boleh digunakan untuk dihubungkan kepada kasut UA HOVR Connected Fitness.

6) Share artikel wawancara bersama Jeff Lau di wall FB anda. Pastikan privacy setting adalah public dengan #jomkitalarixUA

7) Dua pembaca bertuah akan dipilih untuk memenangi kasut rasmi #KLSCM2019 – Under Armour HOVR Connected Fitness bernilai RM599 setiap satu. Sepasang akan dihadiahkan kepada Top Fan/ Value Commentator sebagai tanda penghargaan atas sokongan kepada #jomkitalari dan sepasang lagi untuk pembaca biasa. Tarikh tutup penyertaan adalah 29 September 2019, jam 11.59 malam. Pemenang akan dipilih secara rawak dan diumumkan pada 30 September 2019. Keputusan adalah muktamad.

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!