Home / Artikel Menarik / COROS Memperkenalkan Jam Tangan Sukan GPS PACE 2 dengan harga RM899

COROS Memperkenalkan Jam Tangan Sukan GPS PACE 2 dengan harga RM899

COROS PACE 2 adalah tambahan baharu kepada rangkaian jam tangan sukan GPS COROS. Jam tangan sukan GPS premium ini adalah seberat 29g sahaja dengan band nylon COROS, menjadikanna jam tangan sukan GPS yang paling ringan di pasaran hari ini! Dengan rekaan perkakas yang canggih, PACE 2 bakal mencapai lebih ramai penguna yang mengutamakan prestasi. Perisian PACE 2 dicipta untuk pelari di jalan raya dan trek balapan, penggemar gym, triatlet dan sebagainya.

1. Ringan

Dengan hanya 29g dengan band nylon COROS, dan 36g dengan band silikon, PACE 2 adalah jam tangan sukan GPS paling ringan di dunia pada masa pelancarannya. Band nylon boleh didapati sebagai aksesori di Malaysia.

Sebagai perbandingan: Garmin 45S 39mm – 32g, Garmin 45S 42mm – 36g, Polar Ignite – 35g

2. Hayat bateri yang dipertingkatkan (tempoh pengecasan 2 jam)

Dengan teknologi bateri GPS COROS yang efisien, PACE 2 menawarkan hayat bateri 30 jam dengan penggunaan penuh GPS, iaitu 20% lebih tinggi daripada versi sebelum ini –
COROS PACE.

Pengguna boleh menukar kepada mode UltraMax apabila tahap bateri menjadi rendah. Mode Ultramax boleh berpanjangan sehingga 60 jam.

Dengan bateri dalaman yang lebih kecil, COROS PACE 2 masih menawarkan hayat bateri selama 20 hari untuk memantau kadar degupan jantung, corak tidur, mencetuskan backlight, mengira langkah, notifikasi dan banyak lagi.

3. Penambahbaikan Pemproses

PACE 2 dilengkapi pemproses yang 1.5x lebih berkuasa dan menawarkan 4x lebih storan berbanding dengan versi sebelumnya iaitu COROS PACE. Ini memberikan lebih banyak ruang untuk lebih banyak fungsi bagi PACE 2.

4. Kawalan Dail Digital

Dengan rekaan baharu menampilkan Digital Dial, COROS PACE 2 memberikan pengalaman penggunaan yang lebih mudah. Dapatkan masa split, kadar degupan jantung (HR) atau rancang senaman yang berikutnya dengan menggunakan satu jari.

5. Mode Malam

Mode Malam (Night Mode) adalah satu fungsi yang berguna untuk aktiviti di waktu malam. Lampu backlight akan dinyalakan secara berterusan sepanjang aktiviti. Kecerahannya adalah cukup untuk membolehkan mata anda menyesuaikan untuk membaca dalam gelap tanpa menjejaskan prestasi hayat bateri sepanjang larian atau sesi berbasikal di waktu malam. Ia akan dipadamkan secara automatik apabila anda menamatkan senaman atau terbitnya matahari.

6. Sorotan Perisian (software highlights)

Mode pelbagai sukan (Multisport mode)

  • Track Run
  • Triathlon
  • Bike
  • Strength
  • Gym
  • Cardio
  • Indoor Bike
  • Training
  • GPS Cardio
  • Indoor Run
  • Pool Swim
  • Run
  • Open Water

COROS juga telah membangunkan algoritma HR yang unik untuk setiap aktiviti untuk menghasilkan bacaan HR yang lebih tepat dan terbaik dalam kelasnya.

a) Program Latihan

i. 200+ senaman yang telah dipra-muat (lebih banyak program senaman lagi akan dimuatkan pada masa akan datang) dengan animasi daripada aplikasi COROS.

ii. Kongsi dan terima program senaman khas (customize) daripada rakan atau jurulatih dengan hanya satu sentuhan (tap) atau imbasan kod QR.

b) Peta Haba Otot (Muscle Heatmap)

Muscle Heatmap memaparkan status latihan berdasarkan jumplah set yang telah dilengkapkan bagi setiap kumpulan otot. Tap ke atas kumpulan otot untuk melihat sejarah latihan sebelum ini – rumusan set yang telah dilengkapkan, jumlah ulangan (rep) dan masa.

COROS juga mengumumkan kemas kini ke atas perisian sempena pelancaran PACE 2.

a. Memperkenalkan pelan latihan, paparan calendar untuk aktiviti senaman anda.

b. Memperkenalkan kuasa larian (running power) daripada pergelangan tangan, tanpa memerlukan aksesori tambahan.

c. Kemaskini firmware untuk COROS POD

d. Memperkenalkan kerjasama dan kompatibiliti dengan Stryd

6. Pemambatan Peranti (Device Pairing)

COROS PACE 2 boleh ditambat/ pairing dengan pengesan HR di dada (heart rate chest strap) atau pengesan cadence daripada pihak ketiga melalui Bluetooth dan ANT+

7. Ketersediaan

Harga runcit COROS PACE 2 adalah RM899.00 seunit dan boleh dipra-tempah mulai 31 Ogos 2020 sehingga 21 September 2020 di semua wakil penjual COROS yang sah di seluruh negara.

100 pra-tempahan yang pertama akan menerima beg galas dan botol penggoncang edisi terhad PACE 2. Dalam tempoh pra-tempahan, 10 pelanggan pertama yang membuat pra-tempahan PACE 2 dari COROS Lazada Store akan menerima Visor COROS sebagai hadiah tambahan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web COROS Malaysia https://coros.my/wp/

8. Model Pelancaran

PACE 2 akan dilancarkan dengan band silikon manakala band nylon boleh didapati sebagai aksesori.

PACE 2 – Sorotan Perkakasan (Hardware highlights)

COROS VIRTUAL RUN 2020

Sempena pelancaran PACE 2, COROS Malaysia bakal menganjurkan buat kali pertama larian maya (virtual run) 10K & 21K pada 5 September – 7 October 2020 (tarikh pendaftaran). Peserta bakal menerima kemeja-T dan pingat eksklusif dengan ukiran nama. Bukan itu sahaja, 20 pelari dari setiap kategori yang mencapai jarak terjauh akan mendapat peluang untuk memenangi COROS PACE 2 dan OPPO ENCO W31 dalam acara cabutan bertuah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://coros.my/wp/

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!