Home / Artikel Menarik / ASICS GEL-NIMBUS 20 Kini Di Pasaran

ASICS GEL-NIMBUS 20 Kini Di Pasaran

asics_nimbus_20_001

Sempena sambutan ulangtahun ke-20 siri GEL-NIMBUS, ASICS melancarkan edisi terbaru kasut lari jarak jauh, GEL-NIMBUS 20. Model ini adalah yang paling ringan dalam sejarah GEL-NIMBUS.

Dilengkapi teknologi GEL, kasut ini memberi daya kusyen dan keselesaan untuk si pemakai dari garis mula sehingga penamat.

asics_nimbus_20_002

Asics GEL-NIMBUS adalah antara peneraju dalam kasut cushioning untuk untuk pelari berkaki neutral dan underpronator.

Gandingan midsole (tapak tengah) FlyteFoam dan teknologi GEL memberikan daya kusyen dan penyerap gegaran yang mantap dalam struktur kasut yang ringan.

GEL-NIMBUS 20 juga menampilkan struktur mesh (jaringan) Gradient Jacquard, direka dengan lapisan cetakan 3-D di bahagian strategik untuk mendakap kaki dan memberi sokongan dalam setiap langkah.

asics_nimbus_20_003

Gerard Klein, Pengurus Besar Kanan, Global Performance Running Footwear, ASICS Corporation berkata, “Kasut GEL-NIMBUS mempunyai sejarah kira-kira 20 tahun. Sejak debut (kemunculan perdana) pada tahun 1999, kasut GEL-NIMBUS telah berjaya memenuhi keperluan pelari untuk mencapai prestasi peribadi terbaik masing-masing. GEL-NIMBUS direka untuk memberikan daya kusyen yang padu tanpa bebanan berat tambahan. Sebenarnya, Nimbus bermakna “awan” dalam bahasa Latin. Secara langsungnya, matlamat GEL-NIMBUS adalah untuk memberikan keselesaan dan perasaan yang ringan seperti berlari di awan. Setiap tahun, ASICS memperbaharui siri GEL-NIMBUS ini dengan inovasi dan teknologi terkini.”

asics_nimbus_20_004

Ciri-ciri GEL-NIMBUS 20 termasuk:

  • I.G.S (Impact Guidance System)
  • FlyteFoam Midsole –lapisan bawah
  • SpEVA Midsole –lapisan atas
  • Plus 3 and Gender Specific Cushioning (khas untuk model wanita)
  • GUIDANCE LINE
  • TRUSSTIC System
  • Visible Rearfoot and Forefoot GEL
  • SpEVA Lasting
  • FluidFit Upper with Gradient Jacquard Mesh
  • Outsole Forefoot: AHAR Sponge, Rear foot: AHAR PLUS Rubber
  • X-40 Ortholite Sockliner
  • External Counter
  • 3M Reflectivity

Asics GEL-NIMBUS boleh didapati sekarang dengan harga RM649 sepasang di kedai-kedai ASICS dan wakil penjual yang sah.

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

2 comments

  1. Hai…saya nak beli kasut Asics cuma agak keliru pilihan saiz. Kalalu saya biasa pakai kasut saiz 8 untuk local brand so kasut asics nak kena pilih saiz apa ya? Mohon bantuan…

    • Hi! Kami nasihatkan cik pergi ke kedai kasut yang menjual Asics untuk mencuba kasut lari tersebut. Said kasut lari dan kasut pejabat/ jalan2 adalah berbeza. Kasut lari sepatutnya mempunyai ruang selebar satu jari dari hujung jari kaki ke depan kasut. Kalau boleh cari kedai Asics yang ada treadmill dan cuba kasut tersebut sambil berlari.

Leave a Reply to jomkitalari Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!