Home / Berita Terkini / 6 Pembaharuan yang Bakal Menggegarkan Larian Maya Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2021

6 Pembaharuan yang Bakal Menggegarkan Larian Maya Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2021

Kuala Lumpur, 3 Ogos 2021 – Buat tahun kedua, Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) bakal kembali dengan acara larian maya yang bakal berlangsung pada 20 – 28 November 2021. Acara larian perdana di Malaysia ini dianjurkan oleh Dirigo Events, dengan Standard Chartered Bank Malaysia sebagai Penaja Utama. Penyertaan adalah PERCUMA dan dibuka kepada pelari-pelari di Malaysia dan seluruh dunia untuk kategori jarak Full Marathon (42,195km), Half Marathon (21km), 10km dan 5km.

Penganjur bakal menampilkan enam pembaharuan dalam acara kali ini untuk memeriahkan lagi KLSCM 2021 VR seperti di bawah:

  1. Hadiah Cabutan Bertuah
    Peserta-peserta yang berjaya mendaftar berpeluang untuk memenangi hadiah percutian yang ditanggung sepenuhnya ke acara marathon antarabangsa di Eropah dalam tahun 2022.
  2. Cabaran Latihan Larian/ Practice Run Challenge
    Peserta yang berdaftar akan layak secara automatik untuk menyertai cabaran ini pada 4 – 31 October 2021. Tujuan cabaran ini dianjurkan adalah untuk mendorong peserta untuk berlatih dengan konsisten sebelum acara sebenar. Hadiah-hadiah cabutan bertuah mingguan turut disediakan dan peserta yang jumlah jarak larian tertinggi di akhir cabaran juga akan menerima hadiah. Para peserta dibenarkan untuk menyertai cabaran ini secara solo atau berkumpulan.
  3. Tiada Had Peranti Penjejak Larian
    Para peserta dbenarkan untuk menggunakan apa sahaja aplikasi penjejak larian GPS atau peranti boleh pakai (wearble) untuk merakamkan jarak. Keputusan boleh dihantar melalui rakam layar (screenshot) dari peranti mereka atau dengan memuat naik fail GPX atau TCX dari peranti mereka ke platform KLSCM VR.
  4. Cabaran Antara Negeri /States Challenge (Untuk peserta Malaysia sahaja)
    Untuk meningkatkan lagi persaingan di antara peserta, mereka boleh memilih untuk mewakili negeri di dalam acara tersebut, di mana kedudukan keseluruhan bagi negeri akan dipaparkan.
  5. Bingkai gambar digital untuk media sosial
    Para peserta boleh menngunakan bingkai gambar digital yang disdiakan di laman sesawang KLSCM untuk dimuatnaikkan ke media sosial. Bingkai gambar “Penamat” atau “Finisher” hanya boleh diakses oleh peserta-peserta yang telah menamatkan larian dengan sah.
  6. Cenderahari istimewa
    Untuk memperingati larian maya ini, penganjur akan menyediakan pelbagai cenderahati eksklusif seperti pingat, baju acara berlengan pendek atau panjang, jaket dan seluar larian ultralight, tuala sukan, pelitup muka dan rantai kunci untuk dibeli semasa tempoh pendaftaran. Jualan cenderahati rasmi ini dibuka kepada orang ramai, tidak terhad kepada para peserta sahaja. Semua cenderahati dalam bentuk pakaian dihasilkan oleh Penaja Pakaian Rasmi – Compressport.

Pendaftaran KLSCM 2021 Virtual Run akan dibuka mulai 3 Ogos sehingga 18 November 2021 menerusi pautan ini https://klscmvr.kl-marathon.com/2021/.

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!