Home / Berita Terkini / Yim and Castillano dinobatkan Juara Liga Ultra Malaysia

Yim and Castillano dinobatkan Juara Liga Ultra Malaysia

MUL_Ultra_2017_001

Kuala Lumpur, 7 Januari 2018 – Persatuan Larian Ultra Malaysia (Malaysian Ultra Running Association/ MURA) telah melabuhkan tirai bagi Kejuaraan Liga Ultra Malaysia (Malaysia Ultra League Championship/ MUL) bagi musim 2016/17 dengan sebuah majlis makan malam gala dan anugerah di Sungai Long Golf & Country Club, Cheras, Selangor.

Dilancarkan di bulan Jun 2017, MUL musim ini telah menyaksikan penglibatan 23 perlumbaan sehingga bulan November 2017. MUL yang diadakan buat pertama kali telah mencapai objektif utama untuk memberi 90% penganjur larian ultra satu platform untuk mempromosi acara mereka kepada pelari tempatan dan luar negara. MUL adalah satu-satunya liga larian ultra peringkat kebangsaan di dunia.

MUL_Ultra_2017_004

MUL 2016/17 yang ditaja oleh jenama pakaian sukan tempatan, Ultron, telah mencatat rekod penyertaan seramai 3,771 pelari, 2,994 lelaki dan 777 wanita. Jumlah pendaftaran keseluruhan adalah 5,979 apabila kesemua perlumbaan dari setiap pelari digabungkan. Angka tersebut boleh dipecahkan kepada 80.1% pelari lelaki (4,792) dan 19.9% pelari wanita (1,187) dalam jumlah pendaftaran keseluruhan 23 perlumbaan.

MUL_Ultra_2017_005

Dua puluh pelari dengan pungutan mata paling banyak dalam kategori lelaki dan wanita menerima piala, sijil pencapaian cemerlang, hadiah daripada penaja dan slot percuma untuk larian ultra akan datang.

Pelari ultra Yim Heng Fatt (Malaysia) dan Jefferlyn Castillano (Philippines) telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan kategori lelaki dan wanita. Kedua-dua pelari ini menerima sebuah piala pusingan setiap seorang.

MUL_Ultra_2017_002

MUL_Ultra_2017_003

Dalam musim kedua 2017/18, MUL dijangka meningkatkan jumlah perlumbaan, sekurang-kurangnya 30 perlumbaan dengan sasaran penyertaan seramai 6,000 sehingga tamatnya musim tersebut di bulan November 2018.

Ultron, sebagai penaja utama MUL 2016/17 juga telah meneruskan penajaannya bagi musim 2017/18.

MUL_Ultra_2017_006

Unutk maklumat lanjut tentang Kejuaraan Liga Ultra Malaysia, sila layari http://mulc.my/

Check Also

FGV_Tekam_Forest_Trail_001

Tarikan Gua Kota Gelanggi di FGV Tekam Forest Trail

Share this on WhatsApp  Kuala Lumpur, 15 Julai 2018 – Sebuah acara larian baru – …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *