Home / Berita Terkini / Wanita Malaysia tamatkan larian 250km di Gurun Sahara

Wanita Malaysia tamatkan larian 250km di Gurun Sahara

sueding marathon desables

Klang, 14 April 2018 — Seorang wanita Malaysia mencipta sejarah apabila berjaya menamatkan maraton sejauh 250 kilometer di Gurun Sahara, hari ini.

Sue Ding, 41, melintasi garisan penamat di Maghribi selepas enam hari berlari di acara Marathon des Sables (MdS), lapor Star Online.

Peguam yang berpengkalan di London tersebut menempuh suhu panas siang hari sekitar 30 darjah Celsius dan suhu malam yang turun mendadak kepada 14 darjah Celsius.

Sue menyertai MdS bagi mengumpul dana untuk Make A Wish Malaysia (MAWM), badan amal bertujuan membantu kanak-kanak pengidap sakit kritikal menunaikan impian.

Dana juga dikumpul untuk Malaysian Dogs Deserve Better (MDDB) bagi menyelamat, memulih dan memberikan tempat tinggal untuk anjing jalanan.

Sue sebelum ini menjalani latihan di Dubai dengan menamatkan larian sejauh 169 kilometer di kawasan berbatu-batan di Lanzarote, Sepanyol.

Sumber: Malaymail Online

Check Also

parkrun-malaysia_006

10 Perihal parkrun Malaysia Yang Anda Perlu Ketahui

Share this on WhatsApp Acara larian mingguan global 5km, parkrun telah dilancarkan di Taman Rekreasi Pudu Ulu, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *