Home / Grid Featured Post / Ulasan Kasut: BROOKS GLYCERIN 14 – Mewah Berkusyen

Ulasan Kasut: BROOKS GLYCERIN 14 – Mewah Berkusyen

Brooks_Glycerin_14_002a

Brooks Glycerin memang tidak akan mengecewakan jika anda gemarkan kasut lari yang mempunyai daya kusyen yang mampan. Masuk edisi yang ke-14, kasut lari Brooks Glycerin 14 yang sesuai untuk dipakai untuk pelari yang mempunyai jenis kaki neutral, kini diberada di pasaran sejak sebulan lepas. Terima kasih Brooks Malaysia kerana memberi peluang #jomkitalari untuk mencuba kasut lari premium ini.

Pada pandangan pertama, rekaan kasut ini memang nampak mewah. Perincian yang kemas dan menarik membuatkan kami tidak sabar untuk menyarungkannya untuk larian. Apatah lagi kami mendapat tahu yang model yang kami terima adalah edisi terhad, Brooks Glycerin 14 Victory yang direka khas untuk Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat dan Temasya Sukan Olimpik. Ia menampilkan wana-warna bendera Amerika Syarikat– biru, merah dan putih serta menampilkan corak bintang di sekeliling tapak tengah (midsole) dan juga pelapik stoking(sockliner). Cetakan berwarna emas dan perak menjadikan kasut ini tampak mahal.

Brooks_Glycerin_14_005a

Bahagian atas (upper) kasut adalah diperbuat daripda bahan “Element Mesh” yang telus udara dan tanpa jahitan. Ia juga menampilkan “3D Stretch Print” di mana ia dicetak dengan dakwat silikon yang boleh memberikan regangan stategik dan struktur untuk padanan (fit) kaki yang lebih kemas.

Brooks_Glycerin_14_003a

Pelana yang dinamik mendakap kaki dengan stabil tanpa menjejaskan keselesaan. Alur lentur (flex grooves) tapak luar yang dalam memberikan fleksibiliti dan anjakan dari tanah yang lebih lancar. Tapak tengah (midsole) Brooks Glycerine 14 adalah diperbuat daripada teknologi Brooks yang dipanggil Super DNA yang lembut. Ia memberikan daya kusyen yang berkesan untuk menyerap hentakan semasa larian. Daya kusyen juga dipertingkatkan dengan “crash pad” yang berbentuk ulat bulu di sepanjang tapak kasut.

Bahagian tapak luar (outsole) juga dilengkapi dengan zon tekanan yang ideal (Ideal Pressure Zones) yang menyebarkan daya impak dengan sekata apabila kaki menyentuh tanah untuk memberikan keselesaan larian yang lebih lama.

Brooks_Glycerin_14_004a

Kami telah berlari sejauh lebih 20km di dalam kasut ini sebelum membuat ulasan ini. Kami jatuh cinta kepada kasut ini dengan serta-merta. Keselesaan dan daya kusyen yang mampan membuatkan kasut ini menjadi kegemaran ramai. Ruang jari kaki yang luas digabungkan dengan fabrik upper yang mempunyai daya regang yang tinggi, memberikan padanan (fit) yang selesa dan mencegah “hot spot” atau kawasan panas akibat geseran. Jadi tiada lagi masalah melecet!

Memang sesuai dipakai untuk latihan setiap hari.

Kepada anda yang gemarkan kasut yang memberikan daya kusyen yang maksima, berikan peluang kepada Brooks Glyerin 14 untuk menjadi teman larian anda!

Brooks_Glycerin_14_006a

Brooks Glyvcerin 14 boleh didapati di kedai-kedai Brooks dan wakil penjual yang sah dengan harga runcit yang disyorkan RM700 sepasang.

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!