Home / Artikel Menarik / Ulasan Kasut – ASICS GEL-Nimbus 20

Ulasan Kasut – ASICS GEL-Nimbus 20

asics-gel-nimbus-20

Nimbus bermakna “awan” dalam bahasa Latin. Secara langsungnya, matlamat GEL-NIMBUS adalah untuk memberikan keselesaan dan perasaan yang ringan seperti berlari di awan. GEL-NIMBUS 20 adalah model yang paling ringan dalam sejarah GEL-NIMBUS, di mana ia dilengkapi teknologi GEL untuk keselesaan si pemakai dari garis mula sehingga penamat.

asics-gel-nimbus-20 (6)

Asics GEL-NIMBUS direka sebagai kasut berdaya kusyen untuk pelari berkaki neutral dan underpronator. Gandingan midsole (tapak tengah) FlyteFoam dan teknologi GEL memberikan daya kusyen dan penyerap gegaran yang mantap dalam struktur kasut yang ringan.

FlyteFoam diperbuat daripada fiber organik yang memberikan daya kusyen yang lembut dan ringan kepada kaki. Ia menyerap hentakan dengan efisien dan melantunkan kembali tenaga untuk larian yang lebih responsif.

Kasut GEL-Nimbus 20 juga menggunakan teknologi FluidRide untuk daya kusyen tambahan. Ia bertindak seiring dengan  sistem kusyen GEL ASICS di bahagian depan dan belakang kasut.  Sistem kusyening GEL melancarkan lagi transisi atau peralihan heel-to-toe (tumit ke jari kaki).

Pelapik stokin (sock-liner) kasut ini yang menggunakan teknologi OrthoLite X-40 juga mempunyai daya kusyen yang tinggi. Ia menambahkan lagi keselesaan si pemakai.

asics-gel-nimbus-20 (1)

GEL-NIMBUS 20 juga menampilkan struktur mesh (jaringan) Gradient Jacquard, direka dengan lapisan cetakan 3-D di bahagian strategik untuk mendakap kaki dan memberi sokongan dalam setiap langkah. Mesh ini juga telus udara dan mudah kering,

asics-gel-nimbus-20 (5)

Satu pembaharuan dalam ASICS GEL-Nimbus 20 berbanding dengan versi 19 adalah “toe-box” yang lebih luas, untuk jari-jari kaki mengembang tanpa terasa terikat. Ini juga mengurangkan risiko “hot spot” atau “pressure point” yang mengakibatkan kulit melecert.

ASICS GEL-Nimbus 20 juga menampilkan “heel-drop” 10mm bagi lelaki dan 13mm untuk wanita. Menurut ASICS, sebab utama model wanita mempunyai “heel-drop” yang lebih tinggi untuk membebaskan ketegangan di bahagian achilles kaki wanita. Heel-drop di antara 8mm dan 13mm adalah secocok dengan kebanyakan pelari, kecuali kepada pelari yang gemarkan kasut minimalis.

asics-gel-nimbus-20 (2)

Si pemakai pasti merasa selesa dengan kelembutan span pelapik (padding) di bahagian kolar dan bahagian lidah kasut seolah-olah mendakap kaki dalam setiap langkah. Heel counter (pendakap tumit) di bahagian belakang kasut mengelakkan kaki daripada beralih tempat di dalam kasut semasa berlari.

asics-gel-nimbus-20 (4)

Kesimpulannya, ASICS GEL-Nimbus 20 adalah amat selesa dan lebih ringan berbanding dengan model sebelumnya. Tahap daya kusyen yang tinggi membolehkan kasut ini digunakan untuk larian yang lebih jauh seperti 21km atau marathon. Jika anda adalah peminat ASICS GEl-Nimbus, anda tidak akan kecewa dengan pembaharuan yang ditampilkan dalam edisi ke-20 ini.

asics-gel-nimbus-20 (7)

ASICS GEL-Nimbus 20 kini boleh didapati dalam warna baru koleksi SAKURA yang diinspirasi oleh kuntuman bunga ceri Jepun (Cherry Blossoms) yang kembang di musim bunga.

Asics Nimbus 20 sakura Men
GEL-NIMBUS 20 SP (Men) – Birch/Coffee/Blossom

 

Asics Nimbus 20 sakura Women
GEL-Nimbus 20 SP (Women) – Cherry/Coffee/Blossom

 

Asics GEL-NIMBUS boleh didapati sekarang dengan harga RM649 sepasang di kedai-kedai ASICS dan wakil penjual yang sah.

Nota: Warna kasut GEL-Nimbus 20 untuk ulasan ini adalah Indigo Blue/Indigo Blue/Fiery Red

Check Also

pronasi

Mengenali Jenis Pronasi Kaki

Share this on WhatsAppDalam istilah larian, pronasi adalah gerakan putaran kaki ke arah dalam ketika …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *