Home / Artikel Menarik / Ulasan Buku: Total Running – Get Fitter. Go Further. Run Faster

Ulasan Buku: Total Running – Get Fitter. Go Further. Run Faster

Total Running 01

Tanpa mengira di manakah sasaran larian anda, sama ada pemula atau untuk marathon, buku Total Running mempunyai segala panduan yang anda perlu untuk mempertingkatkan prestasi larian anda dengan lebih pantas dan selamat.

Total Running 02

Dihasilkan oleh pakar-pakar dunia larian daripada dua majalah larian yang popular di Britain, iaitu Men’s Running dan Women’s Running, buku ini merangumi segala yang anda harus tahu berkenaan pelan latihan, rutin senaman, motivasi, nasihat nutrisi dan sebagainya.

Total Running 1

Apapun tahap anda berada sekarang, sama ada pelari baru atau berpengalaman, buku panduan ini boleh membantu anda berlari lebih jauh, lebih pantas dan lebih cergas.

Total Running 4

Sarat dengan ilustrasi berwarna-warni dan foto-foto dengan nota skematik, panduan yang diberikan adalah jelas dan mudah difahami.

Total Running 3 (2)

Banyak tips yang boleh didapati dari buku ini. Antara yang menarik adalah nasihat untuk makanan tambahan (supplements), jadual latihan bagi orang yang sibuk, rahsia pelari elit dan juga panduan mengurangkan berat badan dengan berlari.

Total Running 3

Total Running
Mukasurat: 192 (Jilid Kulit Keras)
Penerbit: Carlton Books (Cetakan Pertama Oct 2017)
Bahasa: Inggeris
ISBN: 9781780979922
Dimensi: 286 x 236mm
Harga senaskah: RM29.90 (Harga asal: RM 119.94) .

Nota: Buku diperolehi di Book Xcess, Tamarind Square, Cyberjaya.

Kedai buku BookXcess Tamarind Square dibuka 24 jam. Dengan keluasan 37,000 kaki persegi, ia adalah juga kedai buku terbesar di Malaysia, di mana 500,000 naskah buku ditawarkan dengan harga diskaun antara 50% – 80% berbanding harga asal.

Alamat: L3M-04, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, Cyber 10, 63000 Cyberjaya.
Nombor Telefon: 03-2726 2438, 24 jam setiap hari.
Facebook: https://www.facebook.com/BookXcess/
Instagram: @bookxcess
Laman web: http://www.bookxcess.com/

Check Also

Lari Sambil Beramal dengan AXA HEARTS IN ACTION RUN KE-4

Share this on WhatsApp Bagi empat tahun berturut-turut, AAGI akan menganjurkan AXA Hearts in Action …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.