Home / Acara Pilihan / TWINCITY MARATHON 2018

TWINCITY MARATHON 2018

Twincity2018_LogoColour-01

Twincity Marathon 2018

Acara lumba lari yang dinanti-nantikan, Twincity Marathon kembali lagi dalam tahun 2018 buat kali keempat. Sejak penganjuran sulung pada tahun 2015, penyertaan acara larian ini telah berganda dari 4,500 pelari dalam tahun 2015 ke  8,000 pelari dalam tahun lepas, menjadikannya antara acara marathon yang terbesar di negara ini.

Edisi 2018 adalah bertemakan ‘Nenikikamen’ dalam bahasa Yunani yang bermakna “Kita telah kuasai” atau “Kita telah menang”. Ungkapan ini telah laungkan oleh Pheidippides, seorang pengutus pesan di dalam Perang Marathon.

Asalnya, Marathon adalah nama sebuah daerah di Yunani (Greece). Pada tahun 490 SM, terjadilah Perang Marathon (Battle of Marathon) di Teluk Marathon oleh tentera Yunani dari Athens melawan serangan angkatan Persia. Setelah perang tamat dan dimenangi oleh tentara Yunani, seorang pengutus pesan bernama Pheidippides telah dihantar ke Athens untuk memberitahu kemenangan Yunani. Mengikut legenda, Pheidippides telah berlari tanpa henti dari Marathon menuju Athens. Malangnya sejurus selepas menyampaikan berita kemenangan tersebut, Pheidippides meninggal dunia akibat keletihan.

Tema ini dipilih kerana ia melambangkan perjuangan dan pengorbanan seseorang pelari untuk mendapatkan kemenangan di dalam lumba marathon. Ketahui sejarah lumba marathon dengan lebih lanjut DI SINI.

Pelepasan (Flag Off)

  • Full Marathon – 4.00 pagi
  • Half Marathon – 5.30 pagi
  • 12km – 6.30 pagi
  •   5km – 7.00 pagi

Masa kelayakan (Cut Off Time)

  • Full Marathon – 8 jam ( 12 tengahari )
  • Half Marathon – 4 jam ( 9.30 pagi )
  • 12km – 2 jam ( 8.30 pagi )
  •   5km – 1 jam ( 8.00 pagi )

Pengambilan Kit Larian
Tarikh: 18, 19 & 20 Januari 2018
Masa: 11pagi – 6petang
Lokasi: D’Pulze, Cyberjaya, Selangor

Kategori dan Yuran Penyertaan

twincity categories

Singlet Rasmi 42km

Twincity2018_Vest-01

Kemeja-T Rasmi 21km

Twincity2018_TShirt-03

Kemeja-T Penamat 42km

Twincity2018_TShirt-01

Kemeja-T Penamat 21km

Twincity2018_TShirt-02

Pingat Penamat 42km

Twincity2018_Medal-01

Pingat Penamat 21km

Twincity2018_Medal_21-01

Pingat Penamat 12km

Twincity2018_Medal_12-01

Pingat Penamat 5km

Twincity2018_Medal_5-01

Daftar sekarang di https://event.howei.com/event/twincity-marathon-2018

Check Also

19113574_1317769691676780_1314093019539196560_n

RUNSTA BACK2SEMESTA RUN & RIDE FEST 2017

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 10 Julai 2017 – RUNSTA Back2SEMESTA Run & Ride …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *