Home / Artikel Menarik / Tingkatkan prestasi larian di tahun baru dengan BiiB+

Tingkatkan prestasi larian di tahun baru dengan BiiB+

BIIB_004

Tahun baru, azam baru!

BiiB, sebuah syarikat startup tempatan yang mencipta aplikasi larian, BiiB+ telah melancarkan satu program larian, #RUN365 untuk membantu pelari mengekalkan momentum larian sepanjang tahun dengan cara yang kreatif dan menyeronokkan.

BiiB+ adalah sebuah aplikasi larian yang memberi dorongan kepada si pengguna dengan cabaran-cabaran yang ditampilkan melalui telefon pintar serta sokongan peer-to-peer yang unik.

BIIB_001

Dalam program #RUN365 ini, pengguna aplikasi ini akan mendapat tanda di dalam kalendar pada hari yang mereka berlari. Lebih banyak hari anda berlari, lebih banyak tanda. Pada akhir bulan, anda akan mendapat “ganjaran” dalam bentuk sekeping puzzle kayu yang unik dengan nama anda. Puzzle ini boleh dicantumkan dengan puzzle bulan-bulan berikutnya untuk membentuk kalendar setahun.

BIIB_002

Pengguna #RUN365 juga boleh membeli kemeja-T penamat di akhir tahun yang menunjukkan jumlah bilangan hari berlari yang telah dicapai melalui aplikasi BiiB+.

BIIB_003

BiiB berharap dengan mengumpul kepingan puzzle ini, anda dapat mengekalkan konsistensi (ketekalan) larian demi azam tahun baru anda. Harga promosi permulaan #RUN365  adalah daripada RM8.90 sahaja.

Untuk maklumat lanjut tentang #RUN365, sila layari https://getBiiB.com/run-365 atau http://www.facebook.com/getBiiB

Check Also

parkrun-malaysia_006

10 Perihal parkrun Malaysia Yang Anda Perlu Ketahui

Share this on WhatsApp Acara larian mingguan global 5km, parkrun telah dilancarkan di Taman Rekreasi Pudu Ulu, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *