Home / Berita Terkini / Suasana Pesta Warna-warni di ILLUMI RUN

Suasana Pesta Warna-warni di ILLUMI RUN

Illumi_Run_005

Kuala Lumpur, 13 Januari 2018 – Acara larian ILLUMI RUN Malaysia telah berlangsung dengan catatan hebat di Kelab Turf Selangor, apabila berjaya menarik lebih daripada 4,000 peminat sukan larian santai dan peminat acara festival.

ILLUMI RUN dianjurkan oleh Infinitus Productions Pte Ltd dengan kerjasama penaja terhormat, MPI Generali Insurans Berhad. Acara larian berfestival terunggul yang dianjurkan itu menawarkan pengalaman neon yang sangat menggembirakan untuk pelari. Para peserta menikmati suasana malam berlari melalui pemandangan yang memuncak dengan kecantikan cahaya berwarna-warni sambil disiram dengan air sinaran ILLUMI atau lebih dikenali sebagai ‘ILLUMI Glow Water’.

Illumi_Run_004

Oliver Tan, Ketua Pegawai Eksekutif MPI Generali Insurans Berhad berkata: “Kami sangat teruja menjadi sebahagian daripada pengalaman baru acara larian ini yang melalui zon-zon muzik dengan percikan air yang bersinar. Di MPI Generali Insurans Berhad, kami berbesar hati acara larian ini dapat menyediakan satu platform untuk kami melibatkan diri dengan komuniti, pekerja dan rakan kongsi perniagaan kami. Kami juga berbangga menyaksikan acara larian ILLUMI RUN yang pertama di Malaysia, dan yang lebih penting menyaksikan pencapaian yang cemerlang dalam tujuan sebenar acara ini, iaitu; – gabungan keseronokan yang sihat, semangat kemasyarakatan dan dalam masa yang sama menggalakkan sukan berlari.”

Diadakan buat kali pertamanya di Malaysia, ILLUMI RUN menyediakan laluan bertemakan ‘Syurga Neon’ atau ‘Neon Paradise’ yang lengkap dengan zon bercahaya bersuasana gambaran syurga yang akan menyiram para peserta dengan air sinaran ILLUMI ketika berlari dan menari diiringi rentak pelbagai lagu yang menyegarkan sepanjang malam.

Illumi_Run_003

Larian yang bermula jam 8.00 malam itu dimulakan dengan laluan ‘Hutan Hujan Laser’ atau ‘Rainforest Laser’ yang mempamerkan paparan cahaya 3D dan paparan cat neon diiringi muzik yang rancak. Mereka yang menyukai manis-manisan berlari meluru ke laluan ‘Gula-gula Pop’ atau ‘Candy Pop’, satu laluan impian bagi peminat gula-gula yang mempamerkan gula-gula berukuran sebesar manusia bersama percikan warna-warna pelangi di mana ‘ILLUMINATOR’ menembak peserta dengan air yang bersinar.

Sementara itu, laluan ‘Taman Kosmos’ atau ‘Cosmic-Land’ membawa pelari ke dunia galaksi planet dan bintang, sementara laluan di zon ‘Kehidupan Pantai’ atau ‘A Beach Life’ sangat mendamaikan dengan suasana syurga berpasir yang memaparkan papan luncur air, pelampung dan bola bercahaya. Acara larian diteruskan melalui laluan ‘Impian Flora’ atau “Flower Dreams”; zon yang bersinar dan menghiburkan pelari melalui taman berbunga neon yang lain dari biasa.

Illumi_Run_006

Keseronokan terus berlanjutan, dengan zon ‘Papan Gelongsor Bersinar ILLUMI’ atau ‘ILLUMI Glow Slide’ di perkampungan festival, di mana peserta dapat merasa dingin selepas berlari dengan lebih banyak pancuran air bersinar dan festival ILLUMI yang terunggul dengan persembahan secara langsung oleh penghibur seperti Dangerdisko (MY) dan Jenni-F (MY). Festival muzik tersebut telah menjadi kemuncak untuk keseluruhan laluan larian kerana para pelari mengakhiri malam itu di tahap perasaan yang amat menakjubkan.

“Peluang menyaksikan beribu-ribu rakyat Malaysia menikmati kegembiraan dalam acara larian ini adalah satu perasaan yang amat membahagiakan. Tidak ada keraguan lagi bahawa ini adalah sesuatu yang akan kita teruskan untuk acara pada masa hadapan di Malaysia dan rantau ini. Kami pasti akan melangkaui jangkaan kami setiap tahun. “kata Jeffrey Foo, Pengarah Infinitus Productions Pte Ltd.

Illumi_Run_001

Salah seorang pelari, David berusia 42 tahun bersama anak lelaki yang berusia 12 tahun, berkata, “Aktiviti kegemaran saya adalah di perkampungan ILLUMI kerana papan gelongsor bersinar ILLUMI! Kami dapat menikmati pengalaman menyelam dan terjun ke dalam kolam neon yang membahagiakan seperti dijanjikan untuk pengalaman yang menakjubkan! ”

Illumi_Run_007

Kar Jun, 25 dan Elaine, 26 juga berkongsi pendapat bahawa aktiviti kegemaran mereka pada malam itu adalah papan gelongsor ILLUMI. “Hutan Hujan Laser (Zon 1) telah memukaukan fikiran apabila kami menari bersama dengan rentak pelbagai lagu yang merangsang hormon adrenalin dan kami juga tertarik dengan paparan cahaya yang menakjubkan. Perkara yang sangat mengagumkan pada malam ini adalah DJ yang menghiburkan kami di festival muzik. ”

Illumi_Run_002

“Malam ini adalah satu acara yang akan kekal dalam ingatan! Pasti tidak dapat dilupakan ialah lukisan seni neon yang hebat membolehkan wajah kami menjadi kepingan seni kreatif. Kami pasti tidak sabar menanti acara larian ILLUMI pada tahun depan! “berkata sepakat oleh dua sekawan Fatimah, 29 dan Murni, 34.

ILLUMI RUN juga menitik-beratkan kepentingan menyumbang kembali kepada masyarakat dan telah memberikan sumbangan kewangan kepada S.O.S Kids, sebuah kumpulan sokongan komuniti yang ditubuhkan di Sarawak dengan tujuan meningkatkan kualiti penjagaan kanak-kanak yang kritikal dan yang kurang bernasib baik. Dana tersebut akan dikumpul melalui kutipan dari sebahagian yuran pendaftaran serta sumbangan tambahan dari peserta. Melalui ILLUMI RUN, diharap acara ini dapat meningkatkan kesedaran mengenai kanak-kanak tajaan S.O.S serta lebih banyak dana dapat disumbang ke arah usaha mereka untuk menyediakan rawatan perubatan yang lebih baik untuk kanak-kanak ini.

Di samping itu, larian pagi kanak-kanak ILLUMI atau ‘ILLUMI Kids Morning Run’ juga telah diadakan pada hari yang sama pada jam 7.30 pagi dengan jarak 2km di mana lebih daripada 300 kanak-kanak dan ibu bapa mereka mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.illumirun.com/my

Check Also

Lari Sambil Beramal dengan AXA HEARTS IN ACTION RUN KE-4

Share this on WhatsApp Bagi empat tahun berturut-turut, AAGI akan menganjurkan AXA Hearts in Action …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.