Home / Berita Terkini / SPORTS DIRECT buka gedung ke-28 di Bukit Bintang

SPORTS DIRECT buka gedung ke-28 di Bukit Bintang

Sports_Direct_Bukit_Bintang_001

Bagi memenuhi kehendak dan keperluan golongan aktif bersukan yang semakin meningkat, gedung peralatan sukan terkemuka antarabangsa, Sports Direct Malaysia telah membuka sebuah cawangan baharu lima tingkat di Bukit Bintang, ibu negara.

Majlis pembukaan rasmi telah disempurnakan oleh Paul Gibbons, Pengarah Urusan Sports Direct Malaysia dan disaksikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Vicki Treadell, Pengerusi InvestKL, Datuk Seri Michael K C Yam dan Presiden MOM, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar.

Sports_Direct_Bukit_Bintang_003

Menurut Pengarah Urusan SportsDirect.com di Malaysia, Paul Gibbons, rakyat Malaysia tanpa mengira usia kini berminat menyertai aktiviti sukan berkumpulan seperti berbasikal, berlari, mendaki bukit dan juga aktiviti kecergasan yang lain.

“Kami melihat ada permintaan untuk kualiti kehidupan yang lebih baik dengan penekanan kepada kesihatan dan kesejahteraan hidup yang menyumbang kepada peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti sukan.

“Menjadi aktif bukan lagi dianggap satu perkara yang remeh tetapi telah berkembang menjadi kegiatan yang bersifat inklusif yang dilakukan bersama dengan keluarga, sahabat dan jiran tetangga,” tambah Gibbons.

Sports_Direct_Bukit_Bintang_002

Ruang dalaman gedung tersebut direka untuk memudahkan para pelanggan untuk mencari dan memilih pakaian, kasut dan peralatan sukan seperti mana yang terdapat di gedung-gedung Sports Direct terbaru di United Kingdom.

Gedung Sports Direct di Bukit Bintang terbahagi kepada zon-zon berikut:
 The Boot Room untuk bolasepak
 SheRunsHeRuns untuk larian
 Fitness & Fight Zones untuk fitness, cross training, perkakas gimnasium, weights, boxing, seni bela diri dan yoga
 Racket Centre untuk badminton, skuasy dan tennis
 Swim Shop untuk aktiviti di kolam renang, pantai dan sukan air.
 Field & Trek untuk outdoor, hiking, trekking dan camping
 The Game Room untuk pingpong, dart, permainan bermeja.
 Big Action untuk basikal dan papan luncur
 Team Sports untuk bole keranjang dan ragbi
 Men Sports Lifestyle
 Women Sports Lifestyle
 Kids Sports Lifestyle.

Sports_Direct_Bukit_Bintang_004

Berbeza dengan gedung-gedung yang lain di Malaysia, gedung utama di Bukit Bintang bakal mengadakan kelas kecergasan dan senaman di aras bumbung untuk kemudahan para pelanggan.

Sports Direct juga boleh didapati secara online menerusi Lazada sekarang sementara menunggu portal membeli-belah online mereka sendiri di SportsDirect.com pada masa yang akan datang.

Sports_Direct_Bukit_Bintang_005

Untuk mengetahui lebih banyak lagi tawaran menarik daripada Sports Direct Malaysia, sila layari www.sportsdirect.com.my atau Facebook Sports Direct Malaysia. Juga ikuti laman Instagram @sportsdirectmsia dan Twitter @SportsDirectMY.

Check Also

parkrun-malaysia_006

10 Perihal parkrun Malaysia Yang Anda Perlu Ketahui

Share this on WhatsApp Acara larian mingguan global 5km, parkrun telah dilancarkan di Taman Rekreasi Pudu Ulu, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *