Home / Berita Terkini / Siapakah akan dinobatkan juara “R U Tough Enough”?

Siapakah akan dinobatkan juara “R U Tough Enough”?

 

RUTE 2017 - Ten Finalists

Dihoskan oleh juara seni beladiri campuran (MMA), pelakon dan model Peter Davis, peringkat akhir acara R U Tough Enough? bakal menggegarkan Sunway Pyramid (Orange Concourse, LG2) pada Ahad ini, 26 November 2017. Ia bakal menampilkan cabaran lebih hebat, sepadan dengan nama acara The Ultimate Edition!

Dalam fasa pertama peringkat akhir, sepuluh finalis bakal bertanding antara satu sama lain untuk mendapatkan tempat pertama dalam edisi 2017 sebelum bertanding di dalam pusingan bonus menentang bekas-bekas juara R U Tough Enough? untuk gelaran Juara Terulung R U Tough Enough?.

Jom ke Sunway Pyramid Ahad ini untuk memberi sokongan kepada para peserta R U Tough Enough? sambil menyaksikan pesaingan epik di antara mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.KIX-TV.com/tough. Dapatkan kemaskini pertandingan melalui platform media sosial KIX HD, termasuk Facebook: facebook.com/KIXAsia, Twitter: @KIXAsia, dan Instagram: @KIXAsia.

 

Check Also

zaiton othman

Peranan Pejabat Pesuruhjaya Sukan adalah untuk mengawal

Share this on WhatsApp Peranan utama Pejabat Pesuruhjaya Sukan ialah untuk mengawal, bukannya untuk menguatkuasakan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *