Home / Berita Terkini / Sennheiser Buka Kedai Flagship Di Suria KLCC

Sennheiser Buka Kedai Flagship Di Suria KLCC

Sennheiser_001

Kuala Lumpur – 23 Januari 2018, Sennheiser, jenama peralatan audio terkemuka daripada negara Germany membuka kedai flagship mereka di pusat membeli-belah Suria KLCC hari ini, untuk memudahkan orang ramai mencuba dan membeli peralatan audio seperti fon-fon kepala, amplifier dan mikrofon syarikat tersebut.

Sennheiser_002

Kedai Sennheiser di KLCC ini adalah kedai pertama di Asia Tenggara untuk menempatkan fon kepala tercanggih di dunia, Sennheiser HE 1 yang berharga €50,000 (~RM241,000). Para penggemar audio berpeluang untuk mencuba fon kepala ini dengan membuat janji temu dengan kedai tersebut pada waktu perniagaan.

Sennheiser_007

Antara produk yang boleh didapati di kedai ini adalah produk kolaborasi Sennheiser dengan pelbagai jenama terkenal dan juga pemuzik terkenal seperti Sennheiser MOMENTUM HD 1 Pink Floyd Edition (MYR 2,649).

Sennheiser_008

Penggemar muzik elektronik (EDM) juga boleh mendapatkan fon kepala Sennheiser HD 25 edisi terhad Robin Schulz (MYR 1,390).

Sennheiser_006

Koleksi kolaborasi jenama fesyen couture Perancis, Sennheiser x Dior Edisi Terhad juga boleh ditawarkan dengan empat harga bundle eksklusif (MYR 5,300 – MYR 46,00) yang didatangi dengan beg galas dan kantung kulit Dior Homme.

Sennheiser_005

Sempena dengan pembukaan kedai flagship, Sennheiser menawarkan pelbagai promosi untuk pada penggemar audio, termasuk diskaun 20% untuk setiap pembelian, mulai 23 – 28 Januari 2018, sementara stok masih ada.

Sennheiser_003

Kedai Sennheiser dibuka setiap hari mulai 10pagi sehingga 10malam dan terletak di Lot 134, Aras 1, Suria KLCC. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian +60 3 2181 2912.

Check Also

DHC 2018_Besraya (9) - Copy

6000 Pelari Sahut Cabaran Lebuhraya Besraya

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 29 April 2018 – IJM Allianz Duo Highway Challenge …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *