Home / Berita Terkini / SENIMAN anjur larian untuk kumpul dana

SENIMAN anjur larian untuk kumpul dana

Seniman_Charity_Run_004

Kuala Lumpur, 21 Disember 2017 – Persatuan Seniman Malaysia atau SENIMAN telah mengambil inisiatif dengan buat pertama kalinya menganjurkan SENIMAN CHARITY AND FUN RUN 2018, satu acara berbentuk larian amal bagi mengumpul dana kebajikan.

SENIMAN CHARITY AND FUN RUN 2018, adalah acara larian 10KM dan 5KM (Family Fun Run) yang bertujuan mengumpul dana kebajikan yang akan disalurkan kepada Ahli-Ahli SENIMAN yang kurang bernasib balk dan memerlukan. Dalam masa yang sama ianya turut mempromosi serta mengembangkan lagi potensi SENIMAN sebagai salah satu organisasi yang membela dan menjaga kebajikan pencinta-seni tanahair. Dalam masa yang sama ianya bertujuan merencana serta menyemarakkan kempen gaya hidup sihat disamping sebagai satu program pembangunan rekreasi dan kecergasan diperingkat akar umbi serta mendekatkan lagi masyarakat dengan golongan pencinta dan pengamal seni tanahair.

Seniman_Charity_Run_003

SENIMAN CHARITY AND FUN RUN 2018, menawarkan hadiah yang menarik kepada semua peserta yang menyertainya. Seawal umur 10 tahun ke atas boleh menyertai acara ini dengan sejumlah bayaran penyertaan mengikut kategori-kategori yang disediakan. Setiap peserta yang mendaftar layak untuk menerima t-shirt acara, pingat dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah iaitu sebuah motosikal yang akan dibuat pada penghujung acara nanti. Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti Zumba, pameran dan jualan, sesi bertemu artis dan pelbagai lagi.

Setakat hari ini, pihak penganjur telah menerima sebanyak 790 peserta yang telah mendaftar secara atas talian sejak ia dibuka 15 hari yang lalu. Sambutan terhadap larian ini amat memberangsangkan. Bagi edisi pertama ini, pihak penganjur mensasarkan kepada 2,000 penyertaan.

Seniman_Charity_Run_002

“Kita hendak mendekatkan masyarakat kepada golongan artis ini dengan pelbagai inisiatif yang dij alankan oleh pihak SENIMAN. Penganjuran acara berbentuk larian amal seperti ini dilihat pentas terbaik masyarakat untuk sama-sama berbakti kepada artis-artis tanahair yang kita tahu bukan semuanya bernasib baik. Maka dengan penglibatan masyarakat yang seperti ini diharap dapat menaikkan semula semangat para artis ini seterusnya mereka juga rasa dihargai,” jelas Rozaidi Jamil, Presiden SENIMAN.

Seniman_Charity_Run_001

“Kita juga turut menggalakkan syarikat-syarikat korporat lain terutama yang terlibat secara langsung dengan dunia artis di Malaysia ini untuk turut sama-sama menyumbang kepada tabung ini sebagai salah satu tanggungj awab sosial mereka. Kita menyediakan beberapa mekanisma agar mereka boleh menyumbang dan mereka boleh merujuk kepada kita bagaimana hendak disalurkan sumbangan tersebut.” tambah Rozaidi Jamil.

T-Shirt-min Medal-min

SENIMAN CHARITY AND FUN RUN 2018 adalah terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mendaftar. Acara ini akan bermula pada Ahad, 4 Februari 2018 seawal jam 6.00 pagi di perkarangan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Hulu Kelang, Selangor Darul Ehsan.

Para peminat dan peserta boleh mendapatkan maklumat lanjut di www.facebook.com/senimancharityfunrun2018 atau www.racexasia.com/event/seniman.

Check Also

Lari Sambil Beramal dengan AXA HEARTS IN ACTION RUN KE-4

Share this on WhatsApp Bagi empat tahun berturut-turut, AAGI akan menganjurkan AXA Hearts in Action …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.