Home / Artikel Menarik / Salam Perkenalan

Salam Perkenalan

Salam Perkenalan

Salam perkenalan.

Terima kasih kerana sampai ke laman web #jomkitalari. Pada yang tiba, kami rasa anda kemungkinan besar adalah seorang pelari atau yang mula berjinak-jinak dengan sukan larian jarak jauh.

Objektif utama kami bagi membuka portal #jomkitalari adalah untuk memperkasakan lagi pengetahuan tentang sukan larian di kalangan penggemar sukan larian jarak jauh. Walaupun sukan larian ini berkembang dengan pesat sejak kebelakangan ini, kami rasa terdapat kekurangan bahan rujukan dan panduan bertulis tentang sukan ini dalam bahasa kebangsaan. Rata-rata kami lihat bahan bacaan larian adalah dalam Bahasa Inggeris dan dalam bentuk kurang formal seperti blog, perkongsian Facebook, Whatsapp dan sebagainya. Kami harap dapat mengisi kekosongan ini dengan memberikan lebih banyak maklumat, berita terkini dan kandungan eksklusif sukan larian dalam Bahasa Malaysia.

Sama ada anda seorang pelari yang berpengalaman atau pemula yang baru hendak berlari, kami harap kandungan portal kami dapat memberikan maklumat yang berguna serba-serbi tentang dunia larian. Kami berjanji akan menghidang artikel-artikel yang bernas tentang latihan, kasut dan produk yang berkaitan dengan sukan larian, motivasi, wawancara eksklusif dengan personaliti sukan, berita terkini dan sebagainya buat tatapan anda.

Untuk memudahkan anda merancang jadual lumba lari, kami sediakan senarai acara-acara larian di Malaysia dan antarabangsa buat rujukan anda. Kepada penganjur-penganjur larian, kami sangat mengalu-alukan anda untuk menyenaraikan acara anda bersama kami dengan percuma. Lebih ramai, lebih meriah, bukan?

Kami hargai sokongan dan maklum balas anda tentang portal kami. Jika suka, sila-silakan “share” artikel kami kepada rakan-rakan anda di laman media sosial buat manfaat semua. Jangan lupa untuk “like” atau “follow” laman Facebook, Twitter dan Instagram kami untuk mendapatkan kemas kini dan berinteraksi bersama kaki-kaki lari yang lain.

Akhir kata, kami tinggalkan anda dengan satu mutiara kata motivasi diri yang kami rasa sangat sesuai bagi sebuah permulaan baru ini.

“Jaguh pada asalnya juga adalah seorang pemula!”

Editor #Jomkitalari

Check Also

Lari Sambil Beramal dengan AXA HEARTS IN ACTION RUN KE-4

Share this on WhatsApp Bagi empat tahun berturut-turut, AAGI akan menganjurkan AXA Hearts in Action …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.