Home / Acara Pilihan / PERADUAN: RUN FOR NATIONAL UNITY 2017

PERADUAN: RUN FOR NATIONAL UNITY 2017

Banner for Run

Petaling Jaya, 15 Jun 2017  – HELP University dan Redberry Group bakal menganjurkan bersama acara larian RUN for NATIONAL UNITY 2017 pada 16 September 2017, sempena Hari Malaysia dengan tema atau hashtag #Cintainegaraku. Acara ini disokong oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

Larian ini bakal dilangsungkan bermula jam 7.30pagi pada 16 September di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Kategori jarak yang dipertandingkan adalah 10, 7 dan 5km.

Pelancaran RUN for NATIONAL UNITY disempurnakan oleh Menteri dari Jabatan Perdana Menteri, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup di Redberry City.

run for unity

Tujuan utama acara ini bukan sahaja untuk memupuk perpaduan negara tetapi juga untuk mendapatkan dana sebagai biasiswa kepada para pelajar yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian tinggi.

Setiap pelari yang menamatkan larian dalam masa kelayakan berhak mendapat pingat penamat dan sijil di garisan penamat.

Selain daripada mendapat kemeja-T dan beg goodie, para peserta juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah. Pelbagai aktiviti sampingan juga turut diadakan di tapak larian, Padang Merbok termasuk persembahan pentas.

run for unity

Pendaftaran boleh dibuat di

– Pejabat FTKLAA Office, 2nd Floor, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, 50150 Kuala Lumpur (Tel: 03-2715 2843, email: [email protected]), atau
–  Department of Student Affairs, HELP University, Jalan Semantan 1, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur (Tel: 03-2716 2131)

Waktu operasi 10pagi-5petang dari Isnin sehinga Jumaat, dan 10pagi-1petang pada hari Sabtu.

Pendaftaran secara online juga boleh dilakukan di  http://www.racexasia.com/event/run-for-national-unity-2017/

PERADUAN: 
#JOMKITALARI ingin mengajak dua (2) orang pelari untuk menikmati RUN FOR NATIONAL UNITY 2017. Sertailah peraduan mudah ini dengan tiga langkah di bawah:

1) Sila LIKE https://www.facebook.com/jomkitalari/

2) Lengkapkan ayat ini – Berlari boleh menyatukan rakyat Malaysia kerana… (tidak melebihi 50 patah perkataan)

3) Hantarkan jawapan anda melalui emel ke [email protected] dengan subjek emel “#JOMKITALARI RUN FOR NATIONAL UNITY“. (sertakan NAMA PENUH, Nombor Kad Pengenalan dan nombor telefon). Emel yang tidak lengkap tidak akan dilayan.

Dua (2) slogan terbaik akan dipilih sebagai pemenang selepas tarikh tutup pada 18 OGOS 12:00 tengahari. Setiap pemenang akan menerima SATU (1) pas RUN FOR NATIONAL UNITY 2017. Kami akan maklumkan kepada pemenang melalui emel. Oleh itu, jangan lupa menyemak email anda.

#jomkitalari

Check Also

RACE OF THE STARS

Share this on WhatsApp Info Larian Selebriti dan influencers tempatan kesayangan anda akan beradu stamina …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!