Home / Berita Terkini / Roger Federer Tinggalkan NIKE Untuk UNIQLO

Roger Federer Tinggalkan NIKE Untuk UNIQLO

Roger Federer Photo: Ella Ling

Tokyo, 2 Jun 2018 – Pemain tenis Roger Federer menandatangani kontrak dengan jenama pakaian Jepun, Uniqlo, setelah mengakhiri kerjasama puluhan tahun bersama Nike. Kontrak baru ini dilaporkan bernilai US$300 juta untuk tempoh 10 tahun.

Dengan kerjasama ini, Federer akan memakai pakaian UNIQLO di semua kejohanan tenis sepanjang tahun, bermula dengan Kejohanan Tenis Wimbledon 2018. Bagaimana pun, Federer masih menggunakan kasut Nike.

Pakaian untuk perlawanan Federer di Wimbledon 2018 telah direka di Pusat R&D UNIQLO di Paris, diterajui Pengarah Artistik Christophe Lemaire. Berlainan dengan kolar kemeja polo atau kolar krew bulat, baju yang direka untuk Federer menampilkan kolar menegak untuk gaya yang lebih sofistikated di dalam dan di luar gelanggang. Pakaian aktif Uniqlo diperbuat menggunakan teknologi Dry EX yang telah dibangunkan bersama oleh UNIQLO and Toray Industries.

Selain daripada Roger Federer, Duta Global Jenama UNIQLO termasuk Kei Nishikori (Tenis), Shingo Kunieda dan Gordon Reid MBE (Tenis Kerusi Roda) serta Adam Scott (Golf).

Check Also

BHPetrol Orange Run Kembali Buat Kali ke-13

Share this on WhatsApp Petang Jaya, 8 Oktober 2018 – BHPetrol Orange Run kembali sekali …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.