Home / Artikel Menarik / Reviu: STRONGER – Kisah Benar Pengeboman Boston Marathon

Reviu: STRONGER – Kisah Benar Pengeboman Boston Marathon

DSCF8558.raf

Berdasarkan memoir yang ditulis oleh Jeff Bauman dan Bret Witter, STRONGER mengisahkan perjalanan hidup Jeff Bauman (Jake Gyllenhaal) setelah dia kehilangan kedua belah kakinya dalam tragedi pengeboman Boston Marathon dalam tahun 2013. Dibantu oleh temanita, Erin (Tatiana Maslany), dia cuba meneruskan hidupnya walaupun menempuhi pelbagai halangan.

STONGER

Ini adalah filem Hollywood kedua tentang pengeboman Boston Marathon. Filem pertama yang menggunakan tragedi tersebut sebagai titik fokus adalah PATRIOTS DAY yang telah ditayangkan pada awal tahun ini. Dalam filem tersebut, Mark Wahlberg memegang watak rekaan, Sergeant Tommy Saunders.

Berbeza dengan Patriots Day, pengarah David Gordon Green menggunakan watak sebenar mangsa pengeboman, Jeff Bauman. Jeff juga terkenal dengan foto ikonik yang diambil oleh jurugambar Associated Press, Charles Krupa di mana dia diusung oleh seorang lelaki yang memakai topi koboi, Carlos Arredondo.

DSCF5226.raf

Pengarah David Gordon Green membuat pilihan yang baik dengan memberi tunjang utama kepada Jake Gyllenhaal sebagai Jeff Bauman. Di dalam filem STRONGER, Jake memberikan lakonan yang berkesan dan menyayat hati sbagai seorang mangsa yang kehilangan kedua kaki di dalam tragedi pengeboman Boston Marathon. Walaupun orang ramai menyanjunginya sebagai wira, tetapi Jeff masih tidak dapat menerimanya sepenuh hati.

Antara adegan yang paling sukar dilupakan adalah ketika pembalut luka Jeff dibuka di hospital dan disaksikan oleh temanitanya, lakonan Tatiana Maslany. Hubungan pasangan ini mendapat ujian yang hebat akibat tragedi tersebut.

DSCF6447.raf

Penggunakan riak wajah dan emosi tanpa kata-kata oleh pelakon-pelakon teraju berjaya membuatkan penonton menitiskan air mata. Jika anda peminat drama berat, masukkan filem ini dalam senarai mesti ditonton.

STRONGER_MOVIE_001

STRONGER_MOVIE_002

Bahasa: Inggeris
Sarikata: Melayu / China
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 28 September 2017
Genre: Drama
Durasi: 2 Jam
Pengedar: TGV Pictures
Pelakon: Jake Gyllenhaal, Tatiana Maslany, Clancy Brown, Frankie Shaw, Miranda Richardson, Maggie Castle
Pengarah: David Gordon Green
Format: 2D

STRONGER_MOVIE_007

Check Also

CVFR17-Banner

CENVIRO Anjur Larian Sempena Hari Alam Sekitar Negara

Share this on WhatsApp Sendayan, 16 Oktober 2017, CENVIRO, syarikat teraju bidang pengurusan sisa buangan, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *