Home / Artikel Menarik / Reviu: BlueAnt PUMP Air True Wireless Sportsbuds

Reviu: BlueAnt PUMP Air True Wireless Sportsbuds

BlueAnt Pump Air Malaysia

Bagi ramai orang, halangan yang paling besar untuk mendapatkan fon telinga Bluetooth adalah harga yang mahal. Banyak bud telinga (earbud) yang mencecah harga lebih RM600 sehingga harga empat angka.

Dengan ketibaan BlueAnt PumpAir True Wireless Sportsbuds, kini bud telinga Bluetooth lebih mudah dimiliki dengan harga yang lebih murah tanpa kompromi kualiti bunyi.

Jenama BlueAnt Active Audio adalah produk keluaran sebuah syarikat Australia. Ia baru sahaja mula dipasarkan di Malaysia kira-kira setahun lepas.

blueant pump air

BlueAnt PumpAir True Wireless Sportsbuds mempunyai saiz yang kecil dan ringan (4g setiap satu), sesuai untuk digunakan semasa bersukan. Ia membolehkan si pemakai menikmati muzik dan berbual menggunakan telefon tanpa menggunakan tangan dan bebas belitan wayar.

Rekaannya ergonomik, selesa dan tidak mudah tercabut walaupun dalam larian atau pergerakan senaman yang lincah. Tambahan pula, produk ini adalah kalis air. Jadi, anda tidak perlu gusar jika ia terkena percikan peluh ketika senaman.

BlueAnt Pump Air Girl

Produk ini didatangkan dengan kotak pengecas (charging case) yang mempunyai dwi-fungsi – untuk menyimpan bud telinga dan juga memberikan kuasa selama 15 jam dalam tempoh pengecasan pantas 1 jam.

Proses “pairing” di antara sportbuds dan telefon adalah mudah. Keluarkannya dari kotak pengecas dan ia akan mencari untuk berhubung dengan telefon anda. Dengan menggunakan setting Bluetooth telefon anda, anda boleh hubungkan Pump Air buds dengan beberapa klik sahaja.

Selepas itu, Pump Air buds akan berhubung secara automatik dengan telefon apabila anda keluarkannya dari kotak pengecas. Jika anda ingin menggunakannya dengan telefon yang berbeza, anda boleh reset dengan menekan butang di bud sebelah kanan dengan lama, melepaskannya, dan menekannya semula selepas 4 saat.

Pump Air buds dilengkapi butang yang sensitif kepada tekanan. Sebelum menggunakannya, baca dan ikuti arahan dari dalam buku panduan sehingga anda faham kombinasi untuk menekan butang serta fungsinya. Kelipan lampu juga memberikan maklumbalas selepas butang ditekan.

Dengan menekan butang yang berkenaan anda boleh mengawal mainbalik muzik dan menjawab panggilan telefon serta berinteraksi dengan Siri atau Google Assistant dengan mudah!

BlueAnt Pump Air

Kesimpulannya, BlueAnt PumpAir True Wireless Sportsbuds memberikan kebebasan kepada si pemakai untuk bergerak aktif tanpa halangan dan belitan wayar. Harga yang mampu-milik, hayat bateri yang bagus serta audio yang mantap menjadikannya satu pembelian yang berbaloi kepada pencinta muzik yang aktif.

Pump air(black-silvery)-07

Spesifikasi:

Sweat-proof and Integrated

  • Pump Air True Wireless Ear Buds
  • With Bass you can feel
  • 15 hrs Play time on the go/ mainbalik 15jam
  • Upto 3 hrs+ 12 hrs in Charging Case/ kotak pengecas
  • Less than 1 hr for a full charge, 20 mins for 1 hr play time/ cas pantas
  • 4 sizes of ComfortSeal tips for a secure and comfortable fit/ Selesa
  • Built-in microphone for calls/ mikrofon untuk panggilan
  • Simple One Touch Controls/ kawalan satu sentuhan
  • Siri/Google integration
  • Easy Intuitive Setup/  Setup mudah
  • Sweatproof IP54/ Kalis peluh
  • Soft touch finish
  • Bluetooth 4.2
  • Boleh didapati dalam warna Black, White & Black Rose Gold

BlueAnt Pump Air Colours

 

Harga sepasang: RM565.

Boleh didapati di kedai-kedai elektronik dan secara online di 11Street dan Lazada.

 

Untuk maklumat lanjut tentang BlueAnt Active Audio Malaysia, sila like https://www.facebook.com/BlueAntMalaysia 

 

PROMOSI:

blue ant malaysia promo

Promosi “Trade-in” BlueAnt Active Audio. Tukar headset lama anda dan dapatkan pulangan tunai  CASH BACK sehingga RM100 dengan pembelian produk BlueAnt Active Audio di bulan Jun 2018. Tanpa GST!

SHOP ONLINE (Lazada) : http://bit.ly/2saZmUy
SHOP ONLINE (11street) : http://bit.ly/2smCjXx
Terms & Conditions apply.

Lazada T&C: http://bit.ly/2xxKu8K
11street T&C: http://bit.ly/2H7jVGU

 

Check Also

Lari Sambil Beramal dengan AXA HEARTS IN ACTION RUN KE-4

Share this on WhatsApp Bagi empat tahun berturut-turut, AAGI akan menganjurkan AXA Hearts in Action …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.