Home / Artikel Menarik / REVIEW: Under Armour Charged Bandit 2 – Teknologi Tumit Tanpa Jahitan

REVIEW: Under Armour Charged Bandit 2 – Teknologi Tumit Tanpa Jahitan

under_armour_bandit_2_001

Under Armour membawakan teknologi tumit tanpa jahitan yang inovatif dalam kasut lari terbaru UA Bandit 2. Walaupun namanya Bandit 2, sebanarnya ia tidak mempunyai apa-apa persamaan dengan kasut UA Bandit yang asal, mungkin logonya sama sahaja.

Kasut ini direka untuk larian jarak jauh, sesuai untuk marathon. Bahagian atas (upper) diperbuat daripada fabrik tenunan dwi-warna (heathered) yang ringan, telus udara dan mempunyai daya regangan yang tinggi. Ini memberikan dakapan yang sempurna dan selesa kepada kaki si pemakai

under_armour_bandit_2_002

Bahagian “lidah” kasut direka dalam bentuk sayap (Wing-Fit) yang unik dan bersambung kepada bahagian upper untuk padanan (fit) yang lebih mantap.

Bahagian tumit kaki dipangku dengan “heel cup” tanpa jahitan yang dibuat mengikut acuan anatomi kaki. Komponen bahagian upper ini dicantum menggunakan teknik kimpalan ultrasonik dan pelekat Bemis untuk menghasilkan permukaan yang licin dan tidak merengsakan kulit kaki.

under_armour_bandit_2_003

Tapak tengah (midsole) diperbuat daripda dua jenis bahan EVA Under Armour – “Micro G” di bahagian tumit sebagai platform yang stabil manakala “Charged EVA” meliputi tapak kasut dari tumit ke jari kaki untuk memberikan daya kusyen yang lembut.

under_armour_bandit_2_004

Tapak luar (outsole) diperbuat daripada getah yang tahan geseran di bahagian tumit dan getah yang lebih lembut boleh didapati di bahagian depan kaki. Ini membolehkan kaki si pemakai mendapat sokongan yang padu dan pada masa yang sama mendapat perlindungan berkusyen dari hentakan apabila kaki mencecah tanah.

under_armour_bandit_2_005

Kami dapat mencuba kasut ini di atas treadmill. Kasut Bandit 2 memang ringan, lembut dan fleksibel. Daya kusyennya tinggi dan amat sesuai untuk dijadikan kasut latihan harian atau untuk perlumbaan jarak marathon.

Kesimpulannya, kasut ini adalah antara yang terbaik daripada Under Armour. Jika daya kusyen yang anda cari untuk kasut lari anda, Under Armour Bandit 2 tidak akan mengecewakan.

under_armour_bandit_2_006

Under Armour Charged Bandit 2 boleh didapati sekarang dengan harga runcit yang disyorkan RM599 sepasang di kedai-kedal Under Armour dan wakil-wakil penjual yang sah. Untuk mendapatkannya secara online, sila layari http://www.underarmour.com.my/

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!