Home / Artikel Menarik / Rawat Kecederaan dengan prinsip R.I.C.E.

Rawat Kecederaan dengan prinsip R.I.C.E.

rice treatment

Apa yang harus dilakukan sekiranya mengalami kecederaan semasa bersukan?

Terdapat beberapa garis panduan yang boleh diikuti dan selamat dipraktikkan, walau bagaimanapun, jangan mengambil mudah sesuatu perkara kerana ini boleh mendatangkan bahaya. Jika terdapat sebarang keraguan dapatkan khidmat pakar perubatan yang profesional!

Prinsip asas ialah RICE.

‘R’Untuk ‘Rest‘ bermaksud rehat. Rehat dari bersukan dan rehatkan bahagian yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.

‘I’Untuk ‘Ice‘. bermaksud ais. Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera. Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh mengehadkan pendarahan dan proses bengkak. Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit.

‘C’Untuk ‘Compression‘. bermaksud memberikan tekanan. Balut bahagian yang tercedera dengan pembalut atau bandage, bagi mengelakkan bengkak. Semakin kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.

‘E’Untuk ‘Elevation‘ bermaksud ampu sedikit tinggi. Ampu bahagian yang tercedera tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu mengurangkan bengkak/edema. Anda dinasihatkan untuk membuat ampuan sekerap mungkin.

Bagaimana menggunakan ais bagi membantu merawat kecederaan semasa bersukan?

Masukkan ketulan ais ke dalam beg plastik atau beg ais dan tekap bahagian yang tercedera. Beg plastik mudah mengikut bentuk kebanyakan sendi-sendi. Ini dipanggil Cold Compression.

Untuk mengelakkan kulit melecur, sapukan minyak zaitun atau minyak kelapa di bahagian terlibat sebelum meletakkan ais.

Jika berada di rumah, bagi kecederaan kecil, gunakan air bagi menggantikan ketulan air.

3 jam pertama – Lakukan Cold Compression selama 10 – 15 minit setiap setengah jam
48 jam yang berikut – Lakukan Cold Compression sebanyak 4 – 5 kali sehari selama 15 – 20 minit
Selepas 48 jam – Kompresi panas mungkin boleh digunakan

Peringatan: Mesti dapatkan khidmat rawatan perubatan jika terdapat

  • Tanda-tanda seperti kesakitan, bengkak dan kebiruan menjadi lebih teruk selepas 24 jam
  • Dapatkan rawatan perubatan untuk mengesan bahagian yang patah dan terseliuh
  • Kecacatan struktur yang jelas
  • Sakit semasa tidur
  • Tidak dapat melakukan aktiviti yang biasa
  • Sakit kepala, pening, loya atau muntah di mana ianya semakin serius/teruk.

Dapatkan rawatan segera di hospital

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!