Home / Berita Terkini / Raja Muda Selangor sertai larian jambatan Klang

Raja Muda Selangor sertai larian jambatan Klang

tengku muda selangor

Klang, 17 Disember 2017 – Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menyertai Larian Menjunjung Kasih Jambatan Ketiga Klang 2017 bersama-sama kira-kira 5,000 peserta.

Tengku Amir menyertai kategori larian ‘Family Fun Run’ sejauh lima kilometer (km).

Peserta larian turut tidak melepaskan peluang beramah mesra dan berswafoto dengan Tengku Amir yang dilihat bersemangat sepanjang larian berkenaan.

larian menjunjung kasih 1

Terdahulu Tengku Amir yang berangkat tiba di jambatan berkenaan pada 7.15 pagi turut berkenan melepaskan peserta kategori berbasikal, Terbuka Lelaki sejauh 10 km dan Terbuka Wanita sejauh 10 km.

Larian berkenaan turut mempunyai kategori Lelaki Veteran dan Wanita Veteran sejauh 10 km yang terbuka kepada peserta berumur 40 tahun ke atas.

larian menjunjung kasih 2

Larian yang masuk tahun ketiga dianjurkan bersempena Hari Keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah itu bertujuan antaranya mempromosi gaya hidup sihat, menjalin hubungan baik dan membina semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Jambatan berkenaan dinamakan Jambatan Raja Muda Nala oleh Sultan Sharafuddin pada majlis perasmiannya 19 Nov lepas bersempena nama putera Sultan Selangor yang pertama.

Sumber: BERNAMA

Check Also

FGV_Tekam_Forest_Trail_001

Tarikan Gua Kota Gelanggi di FGV Tekam Forest Trail

Share this on WhatsApp  Kuala Lumpur, 15 Julai 2018 – Sebuah acara larian baru – …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *