Home / Berita Terkini / PUMA “DO YOU” Raikan Hari Wanita Sedunia Dengan Penari Balet NYCB

PUMA “DO YOU” Raikan Hari Wanita Sedunia Dengan Penari Balet NYCB

NYCB_Unity_Phelan_014

PUMA meluaskan lagi pengaruh kempen “Do You” di dalam segmen women’s training dengan pakaian aktif wanita merentas dunia seni dan budaya.

Sempena pelancaran En Pointe, koleksi pakaian aktif yang diilhamkan daripada balerina, PUMA Malaysia telah membawa salah seorang penari balet dari Kumpulan balet terkenal, New York City Ballet, Unity Phelan ke Malaysia.

Kehadiran Unity adalah sebahagian daripada jelajah PUMA x NYCB di Asia dan juga bagi meraikan Hari Wanita Sedunia. Unity ditemani Emily Harris yang merupakan anggota Team Faster PUMA Global.

NYCB_Unity_Phelan_011

Rekaan koleksi En Pointe adalah hasil daripada kerjasama PUMA dengan penari-penari berbakat dari New York City Ballet (NYCB), kumpulan tarian balet yang termasyhur di dunia.

NYCB_Unity_Phelan_012

Koleksi En Pointe menampilkan kasut satin, bra sukan ringan, pakaian athleisure — yang semuanya direka bukan sahaja untuk penari atau penggemar balet tetapi sesiapa sahaja yang inginkan kelembutan dan fleksibiliti dalam pergerakan yang sinonim dengan tarian balet.

NYCB_Unity_Phelan_013

Di dalam acara yang dilangsungkan di Damansara Performance Arts Centre (DPAC), Unity berkongsi pengalaman dalam dunia tarian balet yang diceburinya sejak dia berusia 5 tahun. Para media dan jemputan juga berpeluang untuk menyertai sesi latihan ala-NYCB bersama Unity.

NYCB_Unity_Phelan_017

Saksikan sesi bual bicara bersama penari balet NYCB, Unity Phelan dan Emily Harris.

Unity Phelan menunjukkan caranya membuat sesi latihan yang dilakukannya setiap hari.

#JOMKITALARI

Check Also

Lari Sambil Beramal dengan AXA HEARTS IN ACTION RUN KE-4

Share this on WhatsApp Bagi empat tahun berturut-turut, AAGI akan menganjurkan AXA Hearts in Action …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.