Home / Berita Terkini / Pingat Penamat Standard Chartered KL Marathon 2018

Pingat Penamat Standard Chartered KL Marathon 2018

scklm 2018 finisher medal

Kuala Lumpur, 28 December 2018 – Penganjur Standard Chartered KL Marathon (SCKLM) hari ini memperkenalkan rekaan pingat penamat yang bakal diterima oleh setiap pelari yang menamatkan perlumbaan dalam masa kelayakan. Acara SCKLM 2018 bakal dilangsungkan pada 8 April di Dataran Merdeka.

Rekaan pingat penamat Ulangtahun ke-10 SCKLM 2018 adalah diilhamkan daripada unsur-unsur yang sinomin dengan acara larian tersebut. Mercu-mercu tanda ikonik yang kelihatan di sepanjang laluan larian seperti Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur dan bangunan Sultan Abdul Samad ditampilkan di bahagian hadapan pingat. Peta Malaysia menunjukkan yang acara tersebut menerima penyertaan menyeluruh dari semua negeri di Malaysia. Bunga kebangsaan Malaysia, bunga raya juga ditampilkan di bahangian hadapan pingat dan juga lanyard.

Unsur-unsur tersebut disatukan oleh kepingan bulatan tengah yang boleh berputar di mana terletaknya logo Ulang Tahun ke-10 SCKLM 2018. Motif batik saling berkait yang menjadi latar belakang melambangkan komuniti larian SCKLM yang akrab.

Untuk maklumat lanjut tentang SCKLM, sila layari:
Facebook       : http://www.facebook.com/SCKLmarathon
Twitter            : www.twitter.com/SCKLmarathon
Instagram       : https://instagram.com/SCKLmarathon
Website          : www.kl-marathon.com

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!