Home / Berita Terkini / Perdana Menteri Malaysia Menyempurnakan UDA PEKAN BRIDGE RUN 2017

Perdana Menteri Malaysia Menyempurnakan UDA PEKAN BRIDGE RUN 2017

 

Uda_Pekan_Bridge_Run_002

Pekan, 22 Julal 2017 – Ekoran daripada sambutan yang amat memberangsangkan tahun lepas, UDA Holdings Berhad (UDA) sekali lagi terpanggil untuk menganjurkan ‘UDA Pekan Bridge Run 2017’ pada Sabtu, 22 Julai 2017 bertempat di Ancasa Royale Pekan, Pahang. Program larian ini telah berjaya mengumpulkan lebih kurang 4,000 penyertaan bukan sahaja dari peserla tempatan bahkan juga dari peserta antarabangsa.

Jumlah penyertaan pada tahun ini ternyata lebih ramai berbanding pada tahun lepas dan program larian ini telah mendapat sambutan yang hangat sejak pendaftaran dibuka pada 3 Jun yang lalu. Meskipun yuran penyertaan telah dinaikkan mengikut kategori yang dipertandingkan iaitu RM75 bagi kategori 21 kilometer (Lelaki Antarabangsa, Wanita Antarabangsa, Lelaki Terbuka Malaysia, Wanita Terbuka Malaysia, Lelaki Veteren Malaysia dan Wanita Veteren Malaysia), RM55 bagi kategori 12 kilometer (Lelaki Antarabangsa, Wanita Antarabangsa, Lelaki Terbuka Malaysia, Wanita Terbuka Malaysia, Lelaki Veteren Malaysia dan Wanita Veteren Malaysia) dan RM35 bagi kategori 5 kilometer iaitu ‘Fun Run’, namun yuran yang dikenakan oleh UDA adalah jauh lebih rendah berbanding yuran penyerfaan untuk program larian yang lain.

Hadiah untuk para pemenang larian yang berupa wang tunai mengikut kategori juga telah dinaikkan berbanding tahun 2016 iaitu RM1,200 bagi pemenang pertama kategori 21 kilometer, RM1,000 bagi kategori 12 kilometer dan RM500 bagi kategori 5 kilometer.

Uda_Pekan_Bridge_Run_003

Pada kali ini, UDA telah menampilkan sedikit kelainan di mana slot cabutan bertuah turut diadakan selain memperkenalkan laluan-laluan larlan yang baru untuk peserta ‘UDA Pekan Bridge Run 2017′. Para peserfa larian berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik, di antaranya adalah barangan elektrik, peralatan sukan termasuk hadiah utama, sebuah kereta.

Kesemua peserta yang menyertai larian ini akan turut mendapat t-shirt larian, medal, nombor bib serta sijil penyertaan. UDA sekali lagi cukup bertuah pada kali ini dengan kesudian YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia untuk sama-sama menyerlkan lagi program larian ini sekaligus menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Turut hadir sama memeriahkan program inl adalah YBhg Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah: Pengerusi Kumpulan UDA, Ahli-ahli Parlimen Negeri Pahang, YBhg Datuk Ahmad Abu Bakar: Pengarah Kumpulan UDA, Pihak Berkuasa Tempatan serta Pengurusan Kanan UDA.

Uda_Pekan_Bridge_Run_005

Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah, Pengerusi Kumpulan UDA berkata,”UDA menganjurkan ‘UDA Pekan Bridge 2017’ adalah bertujuan bagi meneruskan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk memperkukuh hubungan dengan masyarakat setempat khususnya.

Program larian ini juga secara tidak langsung dapat mempromosi bandar Pekan, Pahang sebagai destinasi pelancongan bertepatan dengan program Tahun Melawat Pahang 2017. Laluan larian mengetengahkan beberapa lokasi ‘must-visit’ seperti Dataran Pekan, Istana Abu Bakar, Padang Sukan Polo, Jambatan Sultan Ahmad Shah dan beberapa lokasi yang lain”.

Uda_Pekan_Bridge_Run_001

“Program larian kali ini menjanjikan pengisian program serta aktiviti yang lebih menarik lagi menghiburkan. Di samping menggalakkan serta menerapkan amalan dan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat, para peserta berpeluang untuk berlari bersama artis-artis popular seperti Rashidi Ishak dan Vanida Imran dalam kategori 21km, manakala Mel Rockanova, Aepol Drama Band dan Ronnie Hussein pula telah bersama-sama memeriahkan kategori Fun Run 5km.”

Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada penaja-penaja di atas sumbangan serra sokongan yang diberikan bagi menjayakan program ‘UDA Pekan Bridge Run 2017’ pada kali ini.

Check Also

zaiton othman

Peranan Pejabat Pesuruhjaya Sukan adalah untuk mengawal

Share this on WhatsApp Peranan utama Pejabat Pesuruhjaya Sukan ialah untuk mengawal, bukannya untuk menguatkuasakan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *