Home / Berita Terkini / PAVILION KL Raikan Wira Malaysia dengan inisiatif “HEROES AT HEART”

PAVILION KL Raikan Wira Malaysia dengan inisiatif “HEROES AT HEART”

Heroes_At_Heart_006
Dari kiri: Mr Yun Wen Lai, Pengurus Pemasaran Pavilion KL; Ms Michelle Lim, Pengarah Operasi Pavilion KL; Qobin Mokhtarrudim; Muhammad Irwan Yusoff Abdullah; Shahrom Abdullah .

 

Kuala Lumpur, 9 Mei 2017 – Pavilion KL, destinasi membeli-belah mewah Malaysia hari ini menampilkan inisiatif  “Heroes At Heart”, untuk meraikan kejayaan rakyat Malaysia dalam mengharumkan nama negara dalam pelbagai lapangan.

Dalam satu majlis yang meriah pagi ini, Pavilion KL telah menghadiahkan Pavilion Experience bernilai RM20,000 kepada Qobin Mokhtarrudim, Shahrom Abdullah and Muhammad Irwan Yusoff Abdullah untuk meraikan kejayaan mereka dalam menamatkan ekspedisi  meluncur salji sejauh 111- kilometer di Kutub Utara bersama Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B).

Heroes_At_Heart_003

Majlis dimulakan dengan tayangan video yang menyentuh perasaan tentang kecekalan dan kejayaan Qobin, Shahrom dan Muhammad Irwan di dalam ekspedisi tersebut di paparan LED yang terbesar di Bukit Bintang. Diiringi tepukan gemuruh daripada para hadirin, ketiga-tiga penjelajah dijemput ke atas pentas untuk menerima ganjaran berjumlah RM20,000 yang terdiri daripada baucar membeli-belah di Fashion Avenue, Pavilion KL dan wang tunai.

 

Heroes_At_Heart_005

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pavilion-kl.com atau dapatkan kemaskini di laman Facebook Pavilion Kuala Lumpur http://www.facebook.com/PavilionKL, Twitter di @Pavilion_KL, Instagram di @PavilionKualaLumpur atau LINE @PavilionKL.

 

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!