Home / Berita Terkini / PASUKAN KL DRAGONS Bakal Meriahkan CHALLENGES BUDDY DAY 2016

PASUKAN KL DRAGONS Bakal Meriahkan CHALLENGES BUDDY DAY 2016

KL Dragon Challenges Buddy Day

Pasukan bola keranjang KL Dragons berikrar utuk bermain, berkembang dan meraikan kemenangan bersama golongan kurang upaya, dengan mendaftar untuk menyertai “Challenges Buddy Day – Run and Walk for Friendship 2016” – sempena sambutan Hari Sahabat Antarabangsa.

Atlet-atlet dari pasukan KL Dragons bakal meluangkan masa daripada jadual latihan yang padat untuk menyertai “Challenges Buddy Day – Run and Walk for Friendship 2016”, yang bakal dilangsungkan pada hari Ahad, 21 Ogos 2016 di Dataran DBKL, Jalan Raja Laut; meliputi jarak sejauh 7km dan melepasi beberapa mercu tanda Kuala Lumpur yang menarik.

Dengan mengambil bahagian, KL Dragon berharap dapat menyebarkan kesedaran tentang “Challenges Buddy Day – Run and Walk for Friendship 2016” bagi memberi sokongan, nasihat dan maklumat kepada lebih setengah juta orang kurang upaya dan ahli keluarga mereka.

Orang ramai digalakkan untuk menyertai acara yang diadakan buat kali kedua bersama teman-teman mereka dalam beberapa kategori seperti di bawah:

Category Poster

*Terbuka kepada individu berumur 13 tahun ke atas. Setiap peserta bakal menerima kemeja-T, pingat, beg Goodies, kudapan & E-sijil.

Untuk mendaftar, sila layari  http://themarathonshop.com.my/buddyrun2016

Challenges Buddy Day – Run and Walk for Friendship 2016 ditaja oleh Brickfields Asia College (BAC), dengan sokongan Make It Right Movement (MIRM), The Kuala Lumpur City Council (DBKL), Federal Territory Amateur Athletic Association (FTAA), KL Car Free Morning, KPJ Healthcare Berhad, Allianz Malaysia, Nestle Milo, 100PLUS, Munchys, OYO Rooms, Arogya Holistic Centre, Mydin & MBG Fruit Shop.

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!