Home / Berita Terkini / Pacer Klang City International Marathon Parah Dilanggar Kereta

Pacer Klang City International Marathon Parah Dilanggar Kereta

24059297_10156084137047189_2931539125823750206_o

Klang, 10 Disember 2017 – Seorang pacer (Sub 6:00) marathon bagi Klang City International Marathon, Evelyn Ang ( telah cedera parah apabila dilanggar oleh sebuah kereta di km-14 perlumbaan tersebut pagi ini. Seorang lagi pacer (Sub 6:00), Ahmad Hadafi Jus mengalami kecederaan ringan.

Keadaan Evelyn dilaporkan kritikal kerana mengalami keretakan tulang tengkorak dan rahang serta pendarahan di dalam otak. Dia telah dihantar ke Hospital Sg. Buloh untuk pembedahan.

Evelyn adalah seorang pelari yang dikenali ramai dalam komuniti berlari di Kuala Lumpur. Dia juga seorang blogger larian di http://www.missyblurkit.com/ Sebelum ini dia pernah menjadi pacer beberapa kali di Standard Chartered KL Marathon.

Kenyataan daripada Penganjur Klang City International Marathon

“Dear beloved runners,

We are sadly to inform that our Klang City International Marathon 2017 pacer, Evelyn Ang (Sub 6:00 for Full Marathon) had been hit by reckless suspected drunk driver from the back during the run. This incident happen at the 14km and the case is currently under police investigation. Latest update from hospital, from our Race Director, Evelyn Ang is having bleeding in brain with skull fracture, she will be transferred to Hospital Sungai Buloh for Surgeon.

Together let us pray for our Klang City International Marathon2017 Pacer, Evelyn Ang, hope she will safely go through the critical moment with speed recovery. Will do our best to assist in this incident. We are in touch with the authorities. Police is in the progress of investigating and the reckless driver had been caught for drug test. Out of respect for the family of the runner, further public comment on this incident shall be avoided 🙏🙏🙏🙏🙏”

Update:
Dalam kejadian 4.30 pagi itu, perlumbaan bermula dari Stadium Pandamaran, Klang dan mangsa yang terbabit adalah Evelyn Ang Gek Suan, 44, Amiruddin Hamid, 37, serta Ahmad Hadafi Jus, 42.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, kemalangan dipercayai berpunca apabila lelaki berusia 28 tahun yang memandu Proton Iswara itu merempuh bahagian belakang peserta larian ketika melalui jalan berkenaan.

Menurutnya, mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan.

“Evelyn Ang parah di bahagian kepala dan rahang, Amiruddin cedera di kepala dan Ahmad Hadafi mengalami kecederaan di kaki.

“Tempat kejadian di Jalan Kapar Batu 2 dari arah Klang menuju ke Kapar, manakala keadaan cuaca terang berlampu dan kemalangan berlaku pada awal pagi,” katanya kepada Harian Metro.

Mazelan berkata, pemandu kenderaan terbabit seorang lelaki berusia 27 tahun, tidak cedera.

“Bampar dan bonet kereta pemandu kemek pada bahagian hadapan. Siasatan mendapati pemandu tidak mabuk dan keputusan ujian air kencing mendapati dia negatif dadah. Kami sudah menghantar pemandu ke hospital untuk ujian darah,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber update: Harian Metro & Berita Harian.
#jomkitalari

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!