Home / Artikel Menarik / Nike sasar atlet Muslimah dengan Pro Hijab

Nike sasar atlet Muslimah dengan Pro Hijab

Nike_Pro_Hijab_009

Hijab sukan Nike pertama yang dinanti-nantikan bakal berada di pasaran 15 Februari ini.

Tudung yang diberi nama “Nike Pro Hijab” menampilkan rekaan tudung sukan yang diperbuat daripada polyester yang ringan dalam warna gelap dan neutral. Fabrik yang dipakai adalah telus udara untuk keselesaan ketika bersukan tetapi tidak lut cahaya bagi menutup aurat.

Nike_Pro_Hijab_010

Bagi ramai atlet berhijab, tudung Nike Pro Hijab adalah lebih daripada sehelai pakaian sukan. “Ia mendorong saya untuk meningkatkan pencapaian dan berlari lebih jauh,” kata Manal Rostom, yang menamatkan New York Marathon dengan memakai Nike Pro Hijab baru-baru ini.

“Dan saya percaya ia akan menjadi sumber inspirasi kepada lebih ramai kaum Hawa untuk mengejar impian mereka dalam bidang sukan.”

Nike_Pro_Hijab_008

Dalam proses rekaan, prototaip tudung tersebut telah digunapakai oleh beberapa atlet dalam bidang sukan yang berbeza seperti pengangkat berat Amna Al Haddad, peluncur figura – Zahra Lari, Manal Rostom – Coach Nike Run Club di Dubai, Zeina Nassar – Peninju Jerman.

Nike_Pro_Hijab_001

Nike_Pro_Hijab_003

Nike_Pro_Hijab_004

Nike_Pro_Hijab_005

Nike_Pro_Hijab_006

Nike_Pro_Hijab_007

Nike Pro Hijab boleh didapati mulai 15 Februari di Nike Pavilion, Nike KLCC, Nike Midvalley, Nike.com dan Zalora dengan harga runcit RM99 sehelai.

Check Also

Puma_X_HelloKitty_004

PUMA X HELLO KITTY: Gandingan Ikonik #FORALLTIME

Share this on WhatsApp Penggemar Hello Kitty pasti teruja dengan pelancaran PUMA x Hello Kitty …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *